Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Kestabilan politik penting untuk pembangunan sastera berkesan
Published on: Tuesday, March 25, 2025
Published on: Tue, Mar 25, 2025
Text Size:
Text:
Kestabilan politik penting untuk pembangunan sastera berkesan
Jasni, yang juga ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia, berkata beliau sendiri bersama-sama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Institut Kajian Pembangunan Sabah ( IDS), Dewan Bahasa dan Pustaka, serta beberapa pemegang taruh yang lain, telah berusaha sedaya upaya untuk mendapat pengiktirafan Unesco bagi Bandaraya Kota Kinabalu diiktiraf sebagai Kota Sastera Dunia.
Kota Kinabalu: Sabah memerlukan kepimpinan berwawasan dan kestabilan politik berterusan untuk memastikan pembangunan berkesan dapat dilaksanakan, termasuk dalam bidang sastera, kata Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa) Datuk Jasni Matlani.

Jasni berkata, pembangunan bukan semata-mata bermaksud seluruh tenaga digembleng untuk membangun dari segi fizikal dan infrastruktur, tetapi juga membangun dari segi pemikiran dan akal budi.

Advertisement
“Pembangunan pemikiran dan akal budi, kebiasaannya boleh ditawarkan oleh bidang sastera. Sebab itu sesebuah negara dan masyarakat yang bertamadun, mereka mempunyai warisan sastera dan tradisi keilmuan yang tinggi.

“Justeru itu, masyarakat dan negeri kita juga memerlukan pembangunan fizikil pemikiran dan akal budi yang seimbang guna mencapai pembangunan yang berkesan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Bagaimanapun, semuanya hanya boleh dicapai sekiranya kita fokus kepada pembangunan dalam semua aspek. Kita perlu kepimpinan berwawasan, kestabilan politik berterusan, yang tidak diganggu gugat oleh isu remeh-temeh serta perbincangan peribadi yang tidak menguntungkan, sehingga mengganggu proses pembangunan rakyat dan negeri yang sebenar.

“Kita perlu (tumpu) elemen check and balance. Tetapi untuk perkara yang bermanfaat, berfaedah dan bukan sebaliknya,” kata Jasni.

Advertisement
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim, yang mahukan kerajaan dan kepimpinan stabil di Sabah, ketika berucap dalam majlis Iftar Madani di Tuaran, baru-baru ini.

Jasni, yang juga ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia, berkata beliau sendiri bersama-sama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Institut Kajian Pembangunan Sabah ( IDS), Dewan Bahasa dan Pustaka, serta beberapa pemegang taruh yang lain, telah berusaha sedaya upaya untuk mendapat pengiktirafan Unesco bagi Bandaraya Kota Kinabalu diiktiraf sebagai Kota Sastera Dunia.

Advertisement
“Tetapi semua itu tidak akan menjadi kenyataan, jika kita tidak mempunyai kepimpinan yang kuat, berwawasan dan politik yang stabil. Kestabilan politik akan membantu kita bergerak lebih perkasa ke hadapan dan mengurangkan senario kebimbangan rakyat,” katanya.

Menurut Jasni, Sabah sekarang amat bertuah kerana mempunyai teraju kepimpinan yang mengutamakan pembangunan rakyat dan kemajuan negeri Sabah. Ini terbukti seperti amanat yang disampaikan oleh Perdana Menteri.

Kata Jasni lagi, sudah tiba masanya seluruh rakyat Sabah berfikiran matang, tidak terpengaruh dengan dakyah yang hanya merosakkan keharmonian rakyat dan menjejaskan agenda pembangunan rakyat dan negeri ini.

“Saya turut berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, kerana menyokong cadangan Bandaraya Kota Kinabalu sebagai Kota Sastera Dunia yang diiktiraf oleh Unesco.

“Jika kita berjaya mendapat pengiktirafan berkenaan, bermakna kita maju setapak lagi ke hadapan untuk menjadi negeri yang maju dan bertamadun tinggi. Seterusnya mendapat pengiktirafan dunia,” kata Jasni.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here