Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Suami isteri ditahan bawa 12.5kg dadah
Published on: Wednesday, March 26, 2025
Published on: Wed, Mar 26, 2025
By: Nora Ahmad
Text Size:
Text:
Suami isteri ditahan bawa 12.5kg dadah
Jauteh berkata, siasatan lanjut mendapati pasangan itu bertindak sebagai “transporter” yang mengambil bekalan sebelum menyerahkannya kepada pihak tertentu. Dadah yang dirampas di Tawau (kanan).
Kota Kinabalu: Sepasang suami isteri yang dipercayai berperanan sebagai “transporter” (penghantar) bagi sindiket dadah ditahan ketika mengambil dua kotak berisi 12.5 kilogram dadah di sebuah syarikat kurier di Kampung Jawa Kongsi 10, Tawau, Sabtu lalu.

Dalam serbuan kira-kira jam 1.20 tengah hari itu, pasangan tersebut iaitu lelaki berusia 31 tahun dan isterinya, 38 tahun, ditahan bersama dadah yang dianggarkan bernilai RM402,720.

Advertisement
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, operasi dijalankan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah dan Strike Team Balai Polis Tawau susulan pemantauan terhadap kegiatan pengedaran dadah di kawasan tersebut.

“Sewaktu serbuan, suspek lelaki dilihat mengambil dua kotak mencurigakan dari syarikat kurier sebelum memasukkannya ke dalam bonet kenderaan. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pasukan serbuan kemudian bertindak menahan kedua-dua individu terbabit untuk tindakan lanjut.

“Hasil pemeriksaan mendapati kotak tersebut mengandungi lima kotak kecil dan lapan bungkusan plastik berisi bahan disyaki dadah, dengan anggaran berat kasar 12,585.28 gram,” katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan Sambutan Peringatan Hari Polis ke-218 di IPK Sabah, Selasa.

Advertisement
Jauteh berkata lagi, siasatan lanjut mendapati pasangan itu bertindak sebagai “transporter” yang mengambil bekalan sebelum menyerahkannya kepada pihak tertentu.

“Sindiket dadah di negeri ini masih menggunakan perkhidmatan kurier serta penghantaran udara bagi menyeludup bekalan ke kawasan tertentu.

Advertisement
“Usaha mengekang aktiviti pengedaran dadah ini akan diperkukuh dengan kerjasama pelbagai agensi, termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang terlibat melakukan imbasan terhadap barang-barang tersebut.

“Saya juga minta Ketua JSJN melakukan perbincangan dengan pihak syarikat kurier dan jabatan berkaitan untuk menangangani isu ini,” tegasnya.

Bercakap mengenai statistik kes narkotik, Jauteh memaklumkan bagi Januari dan Februari tahun ini, ia menunjukkan penurunan jumlah tangkapan serta rampasan berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Namun, rampasan bagi Mac mencatatkan peningkatan ketara dengan dua operasi besar dilakukan di Penampang dan Tawau,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain sempena Hari Polis, Jauteh turut menzahirkan penghargaannya kepada pengamal media yang banyak membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi publisiti dan kesedaran kepada masyarakat di negeri ini.

“Banyak perkara yang perlu diketahui oleh masyarakat di samping membantu memberikan kesedaran dalam usaha kita untuk memberikan kehidupan yang tenteram dan aman kepada masyarakat.

“Saya rasa kerjasama wartawan dan PDRM dapat dilihat hasilnya menerusi catatan statistik yang berlaku pada masa kini iaitu dari Januari ke Februari tahun ini berbanding tahun lepas telah menunjukkan pengurangan kadar jenayah iaitu sebanyak 139 kes.

“Jadi saya percaya salah satu penyumbang kepada berlakunya penurunan kadar jenayah ini adalah kerana kesedaran masyarakat sendiri,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here