Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
17 kek dipersembah kepada TYT sempena Raya
Published on: Wednesday, March 26, 2025
Published on: Wed, Mar 26, 2025
Text Size:
Text:
17 kek dipersembah kepada TYT sempena Raya
TUN Musa (kedua dari kiri) bersama Toh Puan Faridah melihat persembahan kek daripada Shangri-La Tanjung Aru Kota Kinabalu.
Kota Kinabalu: Sebanyak 17 kek dipersembahkan kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025.

Tun Musa Aman bersama Toh Puan Faridah yang tiba pada jam 10.30 pagi di Dewan Seri Kinabalu, Istana Seri Kinabalu, Selasa, menyaksikan sendiri kesemua persembahan kek disumbangkan oleh hotel-hotel terkemuka di Sabah.

Advertisement
Paling mencuri tumpuan beliau ialah kek coklat moist berbentuk rumah kampung yang dihasilkan oleh Shangri-La Tanjung Aru Kota Kinabalu dengan konsep nostalgia Aidilfitri rekaan Eksekutif Chef, Rohizan Ramly bersama lima pembantunya.

Selain itu, Tun Musa juga tertarik dengan kreativiti chef dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) yang berkonsepkan Ramadan di SICC serta kek yang diinspirasikan daripada istana timur bertemakan istana syawal oleh Sutera Harbour Resort and Spa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam majlis tersebut, Tun Musa dan Toh Puan Faridah berkesempatan merakamkan gambar bersama semua wakil yang menyumbang kek.

Antara penyumbang tersebut ialah Horizon Hotel, Hilton Kota Kinabalu, Ming Garden Hotel and Residences, Hyatt Regency Kinabalu, Sutera Harbour Resort, Promenade Hotel, The Palace Hotel, The Klagan Group of Hotel, Dreamtel Kota Kinabalu, Nexus Resort and Spa Karambunai, Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF), Ibis Style Kota Kinabalu, ATI College dan North Borneo University College.

Advertisement
Kesemua kek akan disumbangkan kepada rumah anak yatim, badan kebajikan serta Orang Kurang Upaya (OKU) di sekitar Kota Kinabalu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here