Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Naib Presiden LDP letak jawatan
Published on: Wednesday, March 26, 2025
Published on: Wed, Mar 26, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Naib Presiden LDP letak jawatan
Jin mendakwa budaya kerja parti juga telah berubah seperti yang berlaku pada LDP Bahagian Klias apabila masalah di peringkat akar umbi semakin meruncing tanpa ada penyelesaian sewajarnya.
Kota Kinabalu: Naib Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Jin Tze Vun, mengumumkan peletakan jawatannya serta mengundur diri daripada parti berkuatkuasa serta-merta.

Jin, yang juga Ketua LDP Bahagian Petagas, dalam kenyataan pada Selasa berkata, seramai 16 orang terdiri daripada kepimpinan dan ahli parti di bahagian itu turut menyertai tindakan berkenaan.

Advertisement
Katanya, tindakan itu diambil kerana sudah hilang kepercayaan dengan LDP, khususnya berkaitan prinsip perjuangan, yang dilihat sudah tidak selari dengan matlamat perjuangan politik beliau.

Jin mendakwa budaya kerja parti juga telah berubah seperti yang berlaku pada LDP Bahagian Klias apabila masalah di peringkat akar umbi semakin meruncing tanpa ada penyelesaian sewajarnya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pada masa sama, katanya, suara rakyat diketepikan, manakala tindakan sebenar digantikan dengan mesyuarat formal yang tidak membawa manfaat diharapkan.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya semakin merasakan cara parti ini beroperasi semakin jauh daripada prinsip politik yang saya perjuangkan.

Advertisement
“Lebih mengecewakan, apabila isu-isu ini dibangkitkan, kepimpinan pusat memilih untuk mendiamkan diri dan tidak mengambil langkah pembetulan yang diperlukan.

“Saya percaya politik seharusnya menjadi platform membawa perubahan positif kepada masyarakat, bukan sekadar medan pergelutan dalaman yang tidak berkesudahan.

Advertisement
“Saya tidak dapat menerima cara parti dikendalikan pada ketika ini, dan saya tidak mahu semangat perjuangan saya terus terhakis dalam sistem yang semakin tidak produktif ini,” katanya. 

Sehubungan itu, katanya, beliau mengambil keputusan untuk berundur daripada LDP dan terus berpegang teguh pada prinsipnya.

Bagaimanapun, itu tidak bermakna beliau akan berhenti berkhidmat untuk masyarakat, sebaliknya akan terus menyumbang kepada rakyat dengan cara yang lebih bebas

“Ini kerana khidmat sebenar tidak bergantung kepada jawatan dalam politik, tetapi melalui tindakan yang nyata.

“Saya berharap kepimpinan LDP melakukan refleksi mendalam, berani menghadapi realiti, dan mengambil langkah pembaharuan sewajarnya kerana hanya dengan reformasi yang menyeluruh, parti ini dapat kembali meraih kepercayaan rakyat,” katanya.

Jin mengucapkan terima kasih kepada parti atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepadanya selama 15 tahun berjuang dalam LDP.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here