Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Pensyarah didakwa lakukan seks guna objek, persetubuhan luar tabii terhadap pelajar
Published on: Thursday, March 27, 2025
Published on: Thu, Mar 27, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Pensyarah didakwa lakukan seks guna objek, persetubuhan luar tabii terhadap pelajar
Ahmad Syahir Sharifudeen, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan ketika semua pertuduhan dibacakan secara berasingan ke atasnya.
CHUKAI: Seorang pensyarah di sebuah institut kemahiran di sini didakwa di Mahkamah Sesyen Kemaman atas lapan pertuduhan melakukan hubungan seks menggunakan objek dan persetubuhan luar tabii terhadap dua pelajarnya tahun lepas.

Ahmad Syahir Sharifudeen, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan ketika semua pertuduhan dibacakan secara berasingan ke atasnya.

Advertisement
Lelaki itu berhadapan lima pertuduhan melakukan hubungan seks menggunakan objek dan tiga pertuduhan melakukan persetubuhan bertentangan dengan tabii terhadap kedua-dua mangsa perempuan yang berusia 19 tahun.

Kesemua kesalahan tersebut didakwa dilakukan di tempat letak kereta di Mesra Mall di Kemasik dekat sini dan Hotel Awana Kijal di sini, sejak 17 Nov hingga 1 Dis lepas.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pertuduhan di bawah Seksyen 377CA Kanun Keseksaan bagi kesalahan melakukan hubungan seks menggunakan objek yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksima 30 tahun dan sebatan, manakala bagi kesalahan melakukan persetubuhan luar tabii mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Asyikin Hashim menawarkan lelaki itu jaminan RM15,000 bagi setiap pertuduhan, namun Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Nurul Farhana Shamsudin memohon jumlah minimum kerana Ahmad Syahir tiada lagi akses untuk mendekati mangsa, memandangkan telah dipindahkan serta merta ke Putrajaya selain perlu menyara ibu serta isterinya.

Advertisement
Hakim Wan Suhaila Mohd kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin keseluruhan RM23,000 dan dikehendaki melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan dan menetapkan 30 April untuk sebutan semula kes.

Sementara itu di Mahkamah Majistret Kemaman, Ahmad Syahir mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah dengan niat dan maksud hendak mencabul kehormatan kedua-dua mangsa yang sama.

Advertisement
Kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan itu didakwa dilakukan di tempat letak kereta Mesra Mall pada 17 Nov hingga 1 Dis lepas.

Dia juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan memiliki bahan lucah iaitu dua jenis alat mainan seks di ruang lobi institut kemahiran itu pada 13 Mac lepas, di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin membenarkan tertuduh diikat jamin keseluruhan RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 April untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lim Zhan Yi manakala tertuduh diwakili Nurul Farhana.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here