Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Mahkamah tolak keterangan terhadap pengebom Bali oleh rakan subahat warga Malaysia
Published on: Saturday, March 29, 2025
Published on: Sat, Mar 29, 2025
By: K Parkaran, FMT
Text Size:
Text:
Mahkamah tolak keterangan terhadap pengebom Bali oleh rakan subahat warga Malaysia
Nazir Lep dan Farik Amin dihantar pulang pada Disember berikutan perjanjian dengan kerajaan AS dan kini ditahan di tempat yang tidak diketahui.
PETALING JAYA: Pendakwa raya Amerika Syarikat di Guantanamo, Cuba, gagal dalam usaha mengemukakan keterangan bersumpah terhadap dalang pengeboman Bali 2002, yang diberikan oleh dua rakyat Malaysia sebagai sebahagian daripada perjanjian bagi pengakuan bersalah.

Perjanjian sebelum perbicaraan antara Nazir Lep dan Farik Amin serta kerajaan AS menyaksikan mereka mengaku bersalah kerana bersubahat dengan individu yang didakwa dalang, Nurjaman Encep, juga dikenali sebagai Hambali.

Advertisement
Mereka dijatuhi hukuman penjara 23 tahun pada Januari lalu, tetapi mungkin dibebaskan selepas lima tahun dan dihantar pulang ke negara ketiga, menurut perjanjian tersebut. Mereka dihantar pulang pada bulan Disember dan kini ditahan di suatu tempat yang tidak diketahui.

Pihak pendakwaan menarik balik usul untuk mengemukakan keterangan bersumpah tersebut, atas anggapan bahawa keputusan mahkamah berhubung keterangan Nazir turut meliputi testimoni Farik.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hakim Wesley A Braun berkata kerajaan AS tidak mengemukakan keterangan tentang sebarang usaha untuk memastikan kehadiran Nazir bagi memberi keterangan — sama ada secara peribadi atau dari jauh.

“Menurut kerajaan (AS), satu-satunya fakta yang perlu dikemukakan (ialah saksi) adalah di luar skop kuasa sepina AS. Mahkamah tidak bersetuju dengan ini,” kata Braun dalam keputusan pada 12 Mac, yang didedahkan kepada umum pada hari Rabu.

Advertisement
Beliau berkata mahkamah mesti terlebih dahulu menentukan sama ada saksi tidak hadir walaupun kerajaan berusaha mengesan dan mengemukakan dia, apabila menangani kewajaran untuk menerima sesuatu keterangan di bawah Peraturan 804(a)(6) Peraturan Keterangan Tentera.

“Hanya selepas menentukan kerajaan dengan niat baik telah berusaha untuk menampilkan saksi bagi memberi keterangan, bolehlah mahkamah guna peraturan ini untuk meluluskan pengemukaan keterangan tersebut dalam perbicaraan,” katanya.

Advertisement
Oleh itu, Braun berkata, kerajaan mesti menunjukkan bahawa ia telah berusaha untuk mendapatkan saksi atau menunjukkan bahawa saksi itu tidak boleh diwajibkan secara sah untuk hadir di hadapan mahkamah.

“Selepas mempertimbangkan fakta-fakta yang telah dikemukakan dan ketiadaan tarikh perbicaraan, mahkamah mendapati bahawa ia tidak dapat menentukan ketersediaan buat masa ini. Oleh itu, belum tiba masanya bagi permintaan untuk menerima keterangan Nazir sebelum perbicaraan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here