Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Kegiatan bom ikan: Dua ditahan di Semporna
Published on: Saturday, March 29, 2025
Published on: Sat, Mar 29, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Kegiatan bom ikan: Dua ditahan di Semporna
BARANG rampasan berkaitan bom ikan.
SEMPORNA: Polis menahan seorang remaja warga asing dan seorang lelaki tanpa dokumen berkaitan kegiatan pengeboman ikan di Kampung Hidayat, di sini, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah, Supt Mohd Sabri Zainol berkata, penahanan itu dibuat susulan serbuan di sebuah rumah di kawasan itu kira-kira jam 8.30 malam.

Advertisement
“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis menyerbu sebuah rumah di Kampung Hidayat, dan hasil pemeriksaan, pasukan itu menemui beberapa alat yang digunakan untuk membuat bom ikan.

“Antaranya ialah tujuh unit peledak bukan elektrik, dua gulung fius merah, dua tong berisi 18 liter baja dan tiga botol yang sudah diproses,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut Mohd Sabri, remaja berusia 17 tahun dan lelaki berusia 48 tahun tanpa dokumen pengenalan diri serta rampasan dibawa ke IPD Semporna untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Advertisement
Dalam pada itu, Polis Semporna mengucapkan terima kasih atas maklumat orang ramai dan menyeru orang ramai untuk menyampaikan sebarang maklumat berkaitan aktiviti pengeboman ikan ke balai polis berhampiran.

Tambahnya, polis tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak dan akan mengambil tindakan tegas bagi membendung kegiatan sedemikian yang boleh membahayakan nyawa, merosakkan ekosistem dan mengancam keselamatan negara.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here