Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Syabu: Warga asing dijel tiga tahun, sebatan
Published on: Saturday, March 29, 2025
Published on: Sat, Mar 29, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Syabu: Warga asing dijel tiga tahun, sebatan
Kesalahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya itu boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama, dan membawa hukuman penjara antara lima tahun dan penjara seumur hidup, dan sekurang-kurangnya 10 sebatan, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang warga Filipina tanpa dokumen berusia 43 tahun dipenjara tiga tahun dan tiga sebatan kerana memiliki 31 gram syabu.

Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan menjatuhkan hukuman itu terhadap Saldi Nasar yang mengaku bersalah kepada pertuduhan terhadapnya.

Advertisement
Saldi memiliki dadah itu pada 2.15 petang 8 Jan tahun ini berhampiran sebuah bukit di Taman Intan, Bundusan, Penampang.

Kesalahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya itu boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama, dan membawa hukuman penjara antara lima tahun dan penjara seumur hidup, dan sekurang-kurangnya 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah memerintahkan Saldi menjalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditangkap dan dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman penjara itu.

Semasa mitigasi, Saldi yang tidak diwakili, memohon hukuman ringan dengan mengatakan dia mempunyai lima anak, dengan dua daripada mereka masih kecil, untuk dijaga.

Advertisement
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman pencegahan kerana ia merupakan kesalahan serius.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here