Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Ketua Menteri: Kerajaan berusaha selesai isu dihadapi rakyat
Published on: Sunday, March 30, 2025
Published on: Sun, Mar 30, 2025
Text Size:
Text:
Ketua Menteri: Kerajaan berusaha selesai isu dihadapi rakyat
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengajak seluruh rakyat Sabah tidak kira bangsa dan agama untuk bersama-sama berusaha ke arah mengekalkan perpaduan dan keharmonian.

Beliau juga meminta semua pihak bersama-sama membangunkan Sabah sekali gus meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Advertisement
“Sempena Hari Raya adalah penting untuk kita mengingati mereka yang kurang bernasib baik. Dengan semangat bersedekah dan ihsan yang merupakan satu daripada makna Aidilfitri, marilah kita menghulurkan tangan dengan hati terbuka untuk membantu mereka memerlukan. 

“Semoga kita semua berusaha untuk menyokong satu sama lain, memperkukuh semangat kemasyarakatan dan perpaduan yang terkandung dalam perayaan ini. Bagi pihak kerajaan, kita sentiasa mendengar, memahami seterusnya bertindak menyelesaikan masalah serta isu dihadapi oleh rakyat,” katanya dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri 2025, Sabtu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ketua Menteri berkata dalam meraikan Aidilfitri, jangan lupa untuk bersyukur dengan kekuatan dan ketabahan sepanjang Ramadan.

“Ketika berpuasa dan muhasabah diri ini membawa kita lebih dekat kepada iman, mengingatkan tentang kepentingan kesabaran, ketabahan dan pemahaman,” katanya.

Advertisement
“Bagi pihak kerajaan negeri dan keluarga, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua Muslimin dan Muslimat yang meraikannya,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here