Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Caj parkir ‘Rizab’ RM300 sebulan bermula 1 Apr
Published on: Sunday, March 30, 2025
Published on: Sun, Mar 30, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Caj parkir ‘Rizab’ RM300 sebulan bermula 1 Apr
Undang-undang kecil ini sebelum ini menetapkan kadar caj RM500 sebulan di bawah kategori Zon A bagi kawasan MPS, namun selepas mempertimbangkan bebanan yang ditanggung oleh masyarakat, pihak berkuasa tempatan bersetuju untuk mengurangkannya kepada RM300 sebulan mulai April tahun depan. - gambar untuk tujuan ilustrasi
SANDAKAN: Caj tempat letak kereta “Rizab” di Sandakan akan dikurangkan daripada RM500 kepada RM300 sebulan, berkuat kuasa 1 April ini.

Keputusan ini dibuat oleh Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) selepas menerima banyak aduan orang awam dan peniaga di daerah ini, yang menganggap kadar caj sedia ada terlalu tinggi, terutamanya mereka yang memiliki pejabat di pusat bandar dan kawasan sekitar.

Advertisement
Presiden MPS Walter Kenson menjelaskan, pengurangan caj ini adalah hasil kajian serta perbincangan dengan pihak berkepentingan, termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin dan Persatuan Perniagaan Cina Sandakan. 

Menurut beliau, aduan yang diterima dibincangkan secara menyeluruh, dan keputusan untuk mengurangkan caj ini dibuat berdasarkan Undang-Undang Kecil Seragam (Peruntukan Tempat Letak Kereta) 2023 yang diwartakan pada 25 Januari 2024 oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Undang-undang kecil ini sebelum ini menetapkan kadar caj RM500 sebulan di bawah kategori Zon A bagi kawasan MPS, namun selepas mempertimbangkan bebanan yang ditanggung oleh masyarakat, pihak berkuasa tempatan bersetuju untuk mengurangkannya kepada RM300 sebulan mulai April tahun depan.

“Pengurangan kadar caj ini diharap dapat memberi kelegaan kepada penduduk dan perniagaan tempatan yang bergantung kepada kemudahan tempat letak kereta berbayar di kawasan bandar,” katanya dalam sidang media, Sabtu.
Advertisement
 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here