Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Kos baiki kerosakan akibat banjir di Keningau lebih RM28 juta
Published on: Sunday, March 30, 2025
Published on: Sun, Mar 30, 2025
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Kos baiki kerosakan akibat banjir di Keningau lebih RM28 juta
Jeffrey menegaskan keperluan peruntukan segera dan berharap kerajaan pusat melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), selain kerajaan negeri, dapat menyalurkan peruntukan ini.
KENINGAU: Lebih RM28 juta diperlukan untuk membaiki kerosakan kemudahan awam akibat banjir di daerah ini baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, antara peruntukan terbesar, RM17 juta, diperlukan untuk meluruskan Sungai Pegalan di Kampung Gasabon, Apin-Apin.

Advertisement
“Ini termasuk memindahkan aliran sungai ke aliran asal,  dan tanah-tanah yang beralih disebabkan hakisan perlu dipindah balik untuk menstabilkan tanah. Selain itu, tebing sungai mesti ditinggikan bagi mengelak air yang kerap melimpah di kampung itu apabila banjir.

Jeffrey, yang juga Ahli Parlimen Keningau, berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat menangani bencana alam di Pejabat Daerah di sini, pada Khamis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau menekankan keperluan tindakan segera untuk membolehkan kerja-kerja pembaikan dilaksanakan secepat mungkin.

Pada masa sama, Jeffrey menegaskan keperluan peruntukan segera dan berharap kerajaan pusat melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), selain kerajaan negeri, dapat menyalurkan peruntukan ini.

Advertisement
Beliau berkata, perubahan iklim dunia yang turut membabitkan Malaysia, memberi kesan kepada persekitaran seperti banjir, hakisan tebing sungai dan tanah runtuh.

Katanya, apa yang membimbangkan ketika ini adalah suatu takungan sepanjang 300 meter dengan kedalaman enam meter di Sungai Malapi, Ulu Bayayo, yang terbentuk akibat runtuhan sepanjang dua kilometer ketika banjir baru-baru ini.

Advertisement
Beliau memberi amaran, sekiranya takungan air itu runtuh, ia boleh mengakibatkan banjir kilat dan akan menjejaskan penduduk di sepanjang Sungai Bayayo.

“Sehubungan itu, kita beri makluman kepada penduduk kampung, terutama yang tinggal di pinggir Sungai Bayayo melalui sistem amaran awal, dan juga memastikan mereka berpindah atau barang-barang mereka dipindahkan sementara waktu.

“Kita juga berharap hujan tidak akan turun berterusan supaya takungan itu akan pecah perlahan-lahan secara semula jadi,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here