Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kebakaran saluran paip gas: KPM salur bantuan RM1,000 kepada mangsa terjejas
Published on: Wednesday, April 02, 2025
Published on: Wed, Apr 02, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kebakaran saluran paip gas: KPM salur bantuan RM1,000 kepada mangsa terjejas
Fadhlina berkata pihaknya juga akan mengaktifkan pasukan kaunselor dan pasukan sokongan akademik di PPS itu bagi membantu kebersediaan murid menjelang sesi persekolahan yang akan bermula minggu depan. - Foto Bernama
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan (KPM) akan menyalurkan sumbangan RM1,000 kepada warganya, termasuk guru dan murid yang terjejas insiden kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata setakat pagi ini, pihaknya telah mengenal pasti seramai 107 warga KPM yang terjejas, termasuk lima guru dan 102 murid manakala empat mangsa masih menerima rawatan di hospital.

Advertisement
Beliau berkata bantuan itu akan disalurkan secepat mungkin selepas segala data dikumpul dan disemak oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) susulan kemusnahan barangan persekolahan, seperti buku teks dan dokumen peribadi.

“Warga KPM antara yang menerima kesan akibat kejadian ini dan ia melibatkan anak-anak kita daripada 23 sekolah di kawasan ini, jadi KPM ambil tanggungjawab penuh untuk menjaga kebajikan mereka.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“JPNS turut memaklumkan ada dari mangsa ini yang total lost, bermakna barangan keperluan sekolah tiada langsung, musnah sama sekali, jadi saya turut minta mereka bantu dari konteks itu ... bantuan ini juga akan disokong oleh Yayasan Guru Tun Hussein Onn dan Yayasan Didik Negara,“ katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights, Puchong di sini hari ini.

Advertisement
Fadhlina berkata pihaknya juga akan mengaktifkan pasukan kaunselor dan pasukan sokongan akademik di PPS itu bagi membantu kebersediaan murid menjelang sesi persekolahan yang akan bermula minggu depan.

“Saya sudah meminta Jabatan Pendidikan Negeri untuk memantau rapat, data ini sangat dinamik, anak-anak yang terlibat akan dipantau dari hari ke hari bagi memastikan semua sistem sokongan akan disalurkan kepada mereka,“ katanya.

Advertisement
Fadhlina turut mengucapkan takziah selain menegaskan komitmen KPM untuk memastikan kebajikan warganya dan murid yang terjejas terjaga bagi mengharungi insiden berkenaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here