Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
20 agensi mula siasatan kebakaran paip gas
Published on: Wednesday, April 02, 2025
Published on: Wed, Apr 02, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
20 agensi mula siasatan kebakaran paip gas
Ketua Polis Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat berkata satu taklimat akan diadakan bersama semua agensi terlibat bagi menjalankan siasatan dan tindakan susulan.
SUBANG JAYA: Sebanyak 20 agensi akan memulakan siasatan dan pemeriksaan tahap keselamatan di lokasi kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya pagi ini.

Antaranya ialah polis, bomba, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Kerja Raya, pihak berkuasa tempatan serta pejabat daerah di kawasan terlibat.

Advertisement
Ketua Polis Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat berkata setakat ini, Jalan Persiaran Harmoni ditutup secara berperingkat bagi memudahkan pergerakan pasukan keselamatan namun akan dibuka, secara berperingkat, kepada penduduk yang terjejas.

“Satu taklimat akan diadakan bersama semua agensi terlibat bagi menjalankan siasatan dan tindakan susulan yang perlu dilakukan di lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita di pos kawalan tempat kejadian di sini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ketua Pengarah Bomba Nor Hisham Mohammad pula berkata pihaknya memulakan beberapa gerak kerja utama termasuk penaksiran kerugian ke atas rumah dan kenderaan yang terjejas susulan insiden letupan paip gas itu.

Beliau berkata satu pasukan turut ditempatkan dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan seperti insiden kebakaran.

Advertisement
“Kita akan bersama TNB untuk membuat penilaian situasi berhubung pendawaian elektrik khususnya pada yang terdedah… kita akan melihat sama ada pendawaian itu selamat atau perlu tindakan lanjut bagi membolehkan kita buat penyambungan segera di kawasan tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Nor Hisham berkata pasukan bomba juga memberi perhatian terhadap struktur rumah yang terbakar atau terkena impak letupan bagi memastikan keselamatan penduduk.

Advertisement
“Kalau yang tak selamat ataupun membahayakan, mungkin kita buat kerja-kerja meruntuhkan, contohnya struktur seperti bumbung,” katanya.

Beliau berkata JBPM turut menggerakkan pasukan dari Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan ibu pejabat untuk mempercepat proses siasatan selain memudahkan pergerakan penduduk yang terjejas untuk kembali ke kediaman mereka sepantas mungkin.

Tinjauan Bernama mendapati puluhan penduduk yang terjejas dalam insiden itu sudah berkumpul di lokasi kejadian seawal 7.30 pagi bagi mengetahui perkembangan dan status rumah mereka selain menunggu giliran untuk pulang bagi mendapatkan barang keperluan serta dokumen penting.

Selain itu, pasukan unit anjing pengesan dan unit siasatan forensik dari Bukit Aman dilihat masuk ke lokasi kejadian.

Semalam, Ketua Polis Selangor Hussien Omar Khan berkata pemeriksaan akan dilakukan oleh agensi yang terbabit hari ini sebelum penghuni dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Seramai 364 mangsa daripada 74 keluarga terlibat dalam insiden itu dan mereka ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara iaitu di Masjid Putra Height serta Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Subang Jaya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here