Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kartunis Ujang usung batu nisan, beraya seorang diri dalam hutan
Published on: Wednesday, April 02, 2025
Published on: Wed, Apr 02, 2025
By: Zeanaaima Mohd Yusof, FMT
Text Size:
Text:
Kartunis Ujang usung batu nisan, beraya seorang diri dalam hutan
Kartunis Ujang bersyukur dibebaskan daripada status muflis tahun lalu.
Kuala Lumpur: “Tahun pertama diisytihar muflis, saya berpuasa dan beraya seorang diri dalam hutan di Tasik Kenyir”, dedah Kartunis tersohor, Ujang.

Syawal kali ini, bagi Ujang atau nama sebenarnya Ibrahim Anon, 60, begitu bermakna berikutan ia tahun pertama dia berhari raya sebagai seorang yang bebas muflis, selepas 24 tahun.

Advertisement
“Lama kami sekeluarga hidup susah, hingga kami sudah terbiasa. Setiap kali raya, biasa sahaja. Anak-anak pun sudah besar,” kongsinya kepada FMT.

Bukan hanya berdepan isu muflis, Ujang juga ketika itu berdepan berbelas saman daripada syarikat penerbitan yang mengedarkan majalah lawak popularnya, selain memiliki hutang RM1.8 juta dengan syarikat percetakan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ujian hidup yang datang bertalu-talu ketika usianya baru menginjak 30an begitu menekan sehingga dia kadang-kadang hilang kewarasan.

“Mula-mula muflis, saya panik. Saya lupa anak isteri. Saya lupa orang sebab tahap hilang waras itu, bukan sikit-sikit. Saya sampai bawa batu nisan berjalan ke hulu, ke hilir.

Ujang sehingga kini masih aktif melukis yang dicintainya sejak kecil lagi.

Advertisement
“Saya keluar rumah, tumpang lori, tumpang kereta, tahu-tahu sampai ke Tasik Kenyir (Terengganu). Saya tumpang bot orang, masuk ke dalam Taman Negara. Bila bot nak balik, saya tak nak balik. Saya duduk seorang diri di pelantar tempat orang memancing, dalam hutan itu.

“Mujur ada orang kampung tahu saya ada di sana, mereka datang dan bawa saya keluar menyambut hari raya,” kongsinya yang kehilangan banyak memori pahit sepanjang 24 tahun itu.

Advertisement
FMT sebelum ini pernah menyiarkan kisah Ujang yang berputih mata apabila syarikat penerbitan mendakwa memiliki hak cipta ke atas nama dan karakter ‘Ujang’ yang diilhamkannya, malah turut beberapa kali menyamannya.

Ujang dilarang daripada menghasil, mencetak serta menjual apa jua karya di bawah jenama itu menyebabkan dia tidak mampu membayar hutang percetakan jutaan ringgit.

Bapa kepada empat cahaya mata itu terpaksa menjual kesemua asetnya dan mencagar perniagaannya untuk melunaskan hutang percetakannya sehinggalah ia selesai.

Ujang bernasib baik apabila dibebaskan daripada status muflis selepas menerima pelepasan di bawah Seksyen 33A Akta Insolvensi 1967, Julai tahun lalu.

“Empat orang anak saya, sambung belajar dalam keadaan saya muflis. Bila bebas status muflis, anak bongsu saya berjaya tamatkan pengajian dalam ijazah sarjana”.

Bukan hanya isteri, anak-anak terkesan

Ketika berada di kemuncak kejayaan, Ujang turut memiliki sebuah bangunan empat tingkat dengan lebih 70 orang pekerja. Apa yang menarik, ibunya di kampung tidak tahu menahu kisah kejayaan anaknya itu.

“Mak saya tak pernah tahu saya buat apa. Dia tahu saya lukis kartun sahaja. Satu hari, kakak saya bawa mak abah datang ke pejabat saya di Kuala Lumpur.

“Mak marah saya. Kau kerja apa? Ini pejabat siapa kau duduk? Mana kau ambil duit buat ini semua?,” ceritanya yang kini turut aktif mengusahakan pakej memancing rumah bot di Tasik Kenyir.

Sebaik Ujang terpalit isu hak cipta, dia kembali ke kampung, membuatkan ibunya bimbang.

“Satu masa anak dia terkenal dan orang kata kaya-raya, tiba-tiba merempat. Mak saya tidak faham. Dia tak tahu apa-apa tentang tanda dagang, hak cipta. Saya hanya beritahu, ‘orang tipu’.

“Lepas itu mak saya marah lagi ‘itulah engkau, dulu mak suruh jual roti canai, kau nak berniaga besar-besar. Tengok kawan kau elok je sekarang berniaga kuey teow,” ceritanya sambil tersenyum.

Kini, Ujang giat mendaftar harta intelek bagi melindungi karyanya kerana enggan pisang berbuah dua kali.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here