Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Sambutan Aidilfitri meriah di Istana
Published on: Thursday, April 03, 2025
Published on: Thu, Apr 03, 2025
Text Size:
Text:
Sambutan Aidilfitri meriah di Istana
MUSA (tengah) bersama-sama Hajiji (ketiga dari kiri) di meja utama.
Kota Kinabalu: Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1446H Istana Seri Kinabalu pada Isnin berlangsung meriah.

Ketibaan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin kira-kira jam 10.30 disambut oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag.

Advertisement
Majlis dimulai dengan bacaan doa yang dipimpin Pegawai Agama Istana, Zulfauzy Awang Besar sebelum tetamu jemputan menikmati pelbagai aneka juadah Hari Raya.

Antara yang hadir ialah Speaker DUN Sabah Datuk Seri Kadzim M. Yahya dan isteri, Datin Seri Noraini Salleh, Timbalan-timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Ir Shahelmey Yahya, jemaah menteri kabinet negeri serta konsul-konsul negara asing.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pada majlis itu, tetamu dihiburkan dengan persembahan rangkaian lagu Hari Raya Aidilfitri yang dipersembahkan oleh Kombo Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sabah di bawah pimpinan Pengarah Muzik, Inspektor Wilbono Zain.

Terdahulu, Musa bersama-sama Hajiji menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri bersama lebih 7,000 jemaah di Masjid Negeri Sabah, pada Isnin

Advertisement
Ketibaan Musa  pada jam 7.20 pagi disambut oleh Hajiji, Shahelmey, Kadzim dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) merangkap Pengerusi Jawatan Kuasa Majlis Solat Sunat Aidilfitri Peringkat Negeri Datuk Jumain Abdul Ghani.

Sekitar jam 7.45 pagi, Musa menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri yang diimamkan Imam Besar Masjid Negeri (MNS) Suhaidi Kaunting, disusuli khutbah bertajuk “Aidilfitri: Syukuri Kesucian Diri, Erat Silaturrahim” disampaikan oleh Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bungsu@ Aziz Jaafar.

Advertisement
Seusai solat sunat dan khutbah Aidilfitri, Musa meluangkan masa bersalaman dengan jemaah sebelum beredar meninggalkan majlis pada jam 8.30 pagi.

Turut hadir, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam dan Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Sabin Samitah dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (Muis), Malai Ali Malai Ahmad.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here