Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Wanita cuba bunuh diri selamat, tiga lagi maut
Published on: Thursday, April 03, 2025
Published on: Thu, Apr 03, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Wanita cuba bunuh diri selamat, tiga lagi maut
NELAYAN menemui mayat kanak-kanak perempuan itu di perairan Pulau Berhala semasa operasi SAR.
SANDAKAN: Cubaan seorang wanita untuk membunuh diri bersama dua anaknya dengan terjun ke dalam laut di tepi tembok Jalan Coastal, di sini, menyebabkan tiga nyawa diragut pada jam 1.09 pagi Ahad lepas.

Mangsa maut adalah dua anaknya dan bapa saudara mereka berumur 22 tahun, yang dipercayai terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan wanita itu dan anak-anaknya.

Advertisement
Wanita itu diselamatkan oleh orang awam.

Ketua Polis Daerah, ACP Ashmon Bajah berkata siasatan awal mendedahkan wanita itu merupakan warga asing berumur 29 tahun dengan anak lelaki berusia empat tahun dan anak perempuan berumur enam tahun.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Dalam kejadian tersebut, wanita itu terjun ke laut dengan membawa anak-anaknya. Bagaimanapun, wanita berkenaan diselamatkan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian,” katanya. 

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudiannya diaktifkan dengan kerjasama pasukan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia. 

Advertisement
Kanak-kanak lelaki itu ditemukan lemas oleh pasukan mencari dan menyelamat tidak jauh dari lokasi kejadian pada jam 7.08 pagi Ahad. 

Manakala, mayat bapa saudara kanak-kanak itu ditemui pada jam 10.03 malam Ahad. 

Advertisement
Sementara itu, mayat kanak-kanak perempuan itu ditemui nelayan di pesisir Pulau Berhala pada jam 5.44 petang Selasa iaitu hari ketiga operasi SAR. 

Operasi SAR ditamatkan selepas penemuan mayat mangsa terakhir.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here