SANDAKAN: Satu kejadian runtuhan bongkah batu berlaku kira-kira jam 9.45 pagi Khamis di bukit Jalan Buli Sim menghala ke Taman Grandview.
Tiada kejadian tidak diingini berlaku ketika itu, selain orang ramai merasai dentuman kuat pada jalan raya berkenaan, termasuk wartawan akhbar ini yang kebetulan melalui jalan itu.
Orang ramai dinasihatkan berhati-hati ketika melalui jalan berkenaan ketika ini kerana operasi membersihkan bongkah batu sedang giat dijalankan.