Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Agong lawat lokasi kebakaran paip gas
Published on: Saturday, April 05, 2025
Published on: Sat, Apr 05, 2025
By: Faiz Zainudin, FMT
Text Size:
Text:
Agong lawat lokasi kebakaran paip gas
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim tiba ke lokasi kebakaran paip gas di Putra Heights, dekat Subang Jaya.
SUBANG JAYA: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan melawat lokasi kebakaran paip gas di Putra Heights, dekat sini, hari ini.

Sultan Ibrahim tiba 9.20 pagi diiringi Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Advertisement
Turut hadir Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay, Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan dan Ketua Pengarah Bomba Nor Hisham Mohammad.

Selesai sesi taklimat disampaikan Amirudin, Sultan Ibrahim ke pusat pemindahan sementara (PPS) di dewan serbaguna Masjid Putra Heights untuk melawat mangsa terjejas.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Baginda turut menyampaikan sumbangan Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) kepada 308 isi rumah.

Kebakaran tercetus pada pagi 1 April lalu telah memusnahkan satu seksyen sepanjang 500 meter saluran paip gas, mengakibatkan 111 orang cedera, kebanyakannya mengalami melecur dan masalah pernafasan.

Advertisement
Kejadian itu turut memusnahkan 225 kenderaan dan merosakkan 174 lagi.

Ia juga menyebabkan kawah sedalam 10m selain merosakkan rumah serta harta benda dalam radius 500m dari lokasi kebakaran.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here