Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Tiga hari Raya tanpa air
Published on: Saturday, April 05, 2025
Published on: Sat, Apr 05, 2025
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Tiga hari Raya tanpa air
AIR paip hanya menitis ketika Raya.
SIPITANG: Penduduk di beberapa kampung di sini, termasuk Kg Buang Sayang, Padang Berempah dan Kg Pelakat yang terputus bekalan air terawat pada tiga hari pertama Hari Raya, mengecam Jabatan Air Negeri kerana tidak mempunyai sebarang rancangan kecemasan untuk menghantar lori tangki air.

“Kami tidak mempunyai air untuk menyediakan makanan dan minuman untuk keluarga dan tetamu kami.

Advertisement
“Air yang disimpan di dalam tangki tidak mencukupi, terutama untuk bayi dan kanak-kanak, yang terpaksa mandi menggunakan air botol yang kami terpaksa beli,” kata Rosli, salah seorang daripada ramai penduduk terjejas.

Dia berkata, mereka tidak pernah menjangka ia berlaku pada Hari Raya, apabila penduduk bergantung kepada bekalan air yang stabil.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Jabatan Air harus proaktif dalam memastikan bekalan tidak terganggu, terutama pada musim perayaan,” katanya.

Seorang lagi penduduk kampung, Zainal berkata, masalah kekurangan air sudah lama menjadi isu utama di Sipitang tetapi ia tidak sepatutnya berlaku semasa perayaan penting bagi umat Islam.

Advertisement
“Keadaan ini amat mengecewakan. Pihak berkuasa sepatutnya menghantar lori tangki kepada penduduk terjejas, tetapi itu tidak berlaku,” katanya.

Beliau berkata Padang Berempah telah mengalami kekurangan air yang berterusan selama bertahun-tahun, walaupun hujan kerap.

Advertisement
“Jabatan Air perlu bertindak lebih baik dan bukan hanya cekap apabila memotong bekalan,” katanya.

Bekas Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Anuar Latif berkata, Jabatan perlu bersimpati dan proaktif.

“Jabatan sepatutnya membuat pemeriksaan awal kerana isu ini boleh menjejaskan Kerajaan GRS,” katanya.

Penduduk juga mahu Adun Sindumin merangkap Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad Datuk Dr Yusof Yacob, serta Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah memainkan peranan mereka bagi memastikan bekalan air stabil untuk masyarakat di sini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here