PENAMPANG: Empat isu paling mendesak yang dihadapi lebih 160,000 penduduk di Penampang ialah banjir, kesesakan lalu lintas, infrastruktur penjagaan kesihatan tidak mencukupi dan kebimbangan alam sekitar.
Sebagai daerah yang pesat membangun di Sabah, ini adalah cabaran yang dihadapi terutamanya disebabkan oleh pembangunan perbandaran, perubahan iklim dan peningkatan permintaan demografi yang perlu ditangani oleh perbandaran Penampang yang baru dinaik taraf.
Ketua Penyelaras Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Moyog, Mckery Victor Ninin berkata, empat isu ini jika tidak ditangani segera, boleh membantutkan kemajuan daerah itu serta menjejaskan kesejahteraan penduduknya.
“Kita melihat bagaimana masalah ini menyebabkan kesengsaraan yang tidak terperi kepada rakyat. Apa yang mereka sering bincangkan di kedai-kedai kopi di Donggongon adalah, apakah yang pihak berkuasa sudah lakukan untuk mengurangkan beban dan tekanan hidup mereka?
Advertisement





