Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Watak Izara buatkan Sweet Qismina semakin matang
Published on: Sunday, April 06, 2025
Published on: Sun, Apr 06, 2025
By: Mohd Nazllie Zainul
Text Size:
Text:
Watak Izara buatkan Sweet Qismina semakin matang
Sweet Qismina ketika menjayakan watak Izara dalam drama Dendam Seorang Madu.
MEMBAWAKAN karakter antagonis penuh emosi bukanlah sesuatu yang mudah. 

Lebih sukar lagi apabila pangkal nama pelakon muda yang penuh potensi itu bermula dengan nama Sweet.

Advertisement
Namun ia bukan penghalang buat pelakon yang pernah dijulang sebagai Artis Baharu Wanita Popular Sweet Qismina dalam menjayakan watak Izara menerusi drama Dendam Seorang Madu.

Drama disiarkan melalui slot Tiara pelakon serba boleh yang mesra disapa Sweet berkenaan mengakui tidak pernah membawakan watak seumpama Izara dalam drama terbabit.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sweet menyatakan dia berasa tekanan tersendiri dalam menerokai watak seorang Izara.

“Saya risau dan takut tidak dapat bawa sebab pada Sweet watak ini kalau salah ‘portray’ akan nampak dia hanya menggedik, mengada dan melampau tanpa sebab.

Advertisement
“Namun alhamdulillah....selepas buat banyak kajian dan cuba memahami Izara saya dapat simpulkan yang dia memang ada Borderline personality disorder (BPD).

“Sweet melihat empati ini wujud kerana Izara merupakan seorang yang tidak dapat melawan serta mengawal penyakit BPD dan Post Traumatic Stress Disorder dialaminya. 

Advertisement
“Jika kita benar-benar memahami mereka yang menghadap penyakit ini kita memang akan kasihan kerana orang itu sendiri tidak mahu perkara buruk berlaku ke atas diri mereka,” ujarnya meluahkan pemahaman dirinya tentang Izara.

Mula menemui penonton sepanjang Ramadan lalu di saluran Astro Prima Dendam Seorang Madu ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 6 petang.

Membawakan watak Izara di tangan Riza Baharuddin selaku pengarah Sweet mengaku banyak hal yang dipelajarinya.

“Kalau Sweet tidak bawakan watak Izara Sweet tidak akan tahu wujudnya BPD.

“Oleh itu sekiranya kita bertemu dengan orang yang mengalami sakit mental kita perlu untuk faham dan tahu jenis depresi yang mereka hadapi tanpa menghakimi mereka. 

“Kita juga perlu ada kesabaran yang tinggi untuk kemahami individu seperti ini. Kalau tidak mampu hadap pasangan yang ada penyakit mental jangan beri harapan,” katanya lagi.

Sementara itu Sweet berharap banyak pengajaran dapat diberikan kepada penonton yang menonton drama Dendam Seorang Madu yang disifatkan memiliki momentum dan plot twist perjalanan cerita mampu menarik hati penonton sepanjang drama disiarkan.

Terdahulu Dendam Seorang Madu mengisahkan tentang Putri Rayhana seorang gadis hidup sebatang kara bersama neneknya yang garang dan ibunya yang sakit gila berusaha untuk mencari jalan untuk menyambung pelajaran bagi mengubah nasib keluarga mereka. 

Namun dia terpaksa akur dengan kehendak neneknya yang ingin mengahwinkan dia dengan Faris Arfian iaitu anak kepada sorang pemilik syarikat besar demi menampung kos rawatan ibunya. 

Faris Arfian pula terpaksa menurut kehendak ibunya Hanum yang mengatur perkahwinannya supaya dia dapat menyandang jawatan CEO. 

Bagaimanapun segalanya terbongkar selepas perkahwinan mereka apabila Faris sebenarnya sudah bernikah secara rahsia dengan Izara yang juga pembantu peribadinya  dan meminta untuk Rayhana merahsiakan perkara tersebut dari ibu mentua mereka. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here