Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Pembinaan hotel baharu langkah permulaan Sandakan sebagai hub ekonomi dan pelancongan
Published on: Monday, April 07, 2025
Published on: Mon, Apr 07, 2025
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Pembinaan hotel baharu langkah permulaan Sandakan sebagai hub ekonomi dan pelancongan
VIVIAN (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada salah seorang penerima sempena Karnival Aidilfitri Parlimen Sandakan.
SANDAKAN: Sebuah hotel bertaraf tiga hingga empat bintang bakal dibangunkan di pulau berhampiran Kampung Sim-Sim.

Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee berkata pembangunan hotel berkenaan merupakan  antara usaha bagi menarik pelabur sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada anak tempatan.

Advertisement
“Selain itu sebuah hotel terkemuka  di bandar ini yang telah menghentikan perkhidmatannya juga akan dibuka semula dengan pemilikan baharu. 

“Semua ini bakal menjadi titik permulaan Sandakan sebagai hub ekonomi dan pelancongan,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Aidilfitri Parlimen Sandakan di perkarangan Pasar Sim-Sim pada Sabtu.

Turut hadir Pegawai Perhubungan merangkap Biro Wanita dan Agama Parlimen Sandakan, Monelizah Mohd Tahir dan Ketua Kampung Sim-Sim, Abdul Halim Othman.

Advertisement
Dalam majlis sama Vivian turut menyampaikan bakul makanan kepada 100 asnaf dan warga emas bagi kawasan Kampung Sim-Sim.

Sementara itu Vivian mengajak penduduk kampung terbabit membangkitkan semangat perpaduan dan usaha yang berterusan dalam memangkin kemajuan Kampung Sim-Sim pada masa hadapan.

Advertisement
“Kampung ini bukan sekadar sebuah perkampungan nelayan tetapi merupakan lambang keindahan warisan, budaya dan kekuatan komuniti. Saya amat berbangga dengan semangat muafakat serta daya tahan masyarakat di sini yang terus berusaha memajukan kehidupan walaupun menghadapi pelbagai cabaran.

“Kita bertekad untuk terus memperjuangkan pembangunan Kampung Sim-Sim agar penduduk mendapat kemudahan yang lebih baik termasuklah aspek infrastruktur, pendidikan dan peluang ekonomi,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here