Kota Kinabalu: Hajiji berkata, masalah air di negeri ini dijangka akan dapat diselesaikan menjelang akhir tahun ini, di mana salah satu rancangan jangka panjang membabitkan projek air yang sedang dibina di Ulu Padas Tenom, yang turut akan memberi penyelesaian kepada masalah bekalan elektrik menjelang 2029.
“Saya sangat bersyukur kepada rakan-rakan saya dalam kepimpinan GRS yang sentiasa bekerjasama. Walaupun ada sedikit perbezaan pendapat, itu tidak mengapa, tetapi apabila kepimpinan GRS membuat keputusan, semua akan ikut demi rakyat.
“Saya yakin semua pemimpin GRS mempunyai kematangan dalam politik dan kita tidak mahu jadi seperti dahulu di mana ramai orang asyik bertelagah.
“Kita tidak mahu menyentuh pelbagai perkara seperti mahu ikut Sarawak dan sebagainya.
“Kita memang mahu jadi seperti itu, tetapi kita perlu susun rumah tangga kita dahulu dan perpaduan kita kerana perkara yang paling penting adalah perpaduan dalam kalangan rakyat kita,” katanya.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan serta Ahli Dewan Undangan Negeri Kundasang Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, Menteri Kewangan merangkap Adun Karanaan Datuk Seri Masidi Manjun, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Adun Paginatan Datuk Abidin Madingkir dan lain-lain.