Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Kampung Trayung juara Color Light
Published on: Tuesday, April 08, 2025
Published on: Tue, Apr 08, 2025
By: Rahim Matnin
Text Size:
Text:
Kampung Trayung juara Color Light
RIJAHAN menyampaikan piala kepada Matuin, berlatarbelakangkan reka bentuk yang memenangi pertandingan itu.
Tuaran: Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 disemarakkan dengan pertandingan Color Light Seluruh Pantai Dalit yang menarik penyertaan 24 kampung, di sini,  baru-baru ini.

Daripada jumlah tersebut, 18 kampung melangkah ke peringkat Juara Antara Juara, sebelum Kampung Trayung dinobatkan sebagai juara tahun ini.

Advertisement
Matuin Dahan dari Kampung Trayung bersyukur tahun ini dia memenangi pertandingan itu, yang disertainya setiap tahun.

Mengulas persiapan untuk pertandingan itu, Matuin berkata mereka memerlukan lebih seminggu untuk menyiapkan reka bentuk lampu hiasan untuk pertandingan kali ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
”Anggaran kos lebih kurang RM1,600,” tambah beliau.

Terdahulu, penganjur program, Rijahan Aliaprah berkata, “Acara ini telah menjadi tradisi selama 13 tahun di Pantai Dalit dan Tuaran.

Advertisement
“Ini adalah tahun keempat kita buat dengan jayanya, dan pada tahun ini agak meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya,” tambah Rijahan, yang juga Pegawai Khas kepada Ketua Menteri.

Pertandingan ini diadili oleh juri jemputan dari Labuan dan Kota Marudu yang memberikan penilaian profesional terhadap kreativiti serta keunikan persembahan dari setiap kampung.

Advertisement
Pertandingan ini bukan sahaja menghidupkan suasana Aidilfitri dengan cahaya dan warna yang memukau, tetapi juga memperkukuhkan semangat kekitaan dalam kalangan penduduk.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here