Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Agaras cadang syarat sijil lahir, MyKad untuk mengundi PRN17
Published on: Tuesday, April 08, 2025
Published on: Tue, Apr 08, 2025
By: Jinius Pandakin
Text Size:
Text:
Agaras cadang syarat sijil lahir, MyKad untuk mengundi PRN17
Menurut Michael, isu Projek IC telah mengakibatkan rakyat Sabah hilang keyakinan terhadap dokumen itu sebagai satu-satunya dokumen yang mengesahkan seseorang itu penduduk Sabah yang tulen.
Kota Kinabalu: Presiden Pertubuhan Angkatan Gabungan Rakyat Sabah (Agaras) Michael Frederick, mencadangkan Kerajaan Sabah dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan syarat agar pengundi membawa sijil kelahiran bersama kad pengenalan, ketika datang mengundi pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang.

Katanya, ia bagi menghalang pengundi yang mempunyai identiti serta latar belakang meragukan daripada cuba membuang undi. “Satu cara menghalang individu tertentu yang status kerakyatannya meragukan ialah dengan menentukan syarat tersebut ketika datang mengundi. 

Advertisement
“Pengesahan dengan hanya sekadar menggunakan kad pengenalan tidak mencukupi,” katanya. Menurutnya, isu Projek IC telah mengakibatkan rakyat Sabah hilang keyakinan terhadap dokumen itu sebagai satu-satunya dokumen yang mengesahkan seseorang itu penduduk Sabah yang tulen.

Bagaimanapun, katanya, cadangan untuk membawa sekali sijil kelahiran ketika mengundi bukanlah penyelesaian sepenuhnya dalam usaha untuk memastikan sistem pemilihan kerajaan oleh rakyat. 
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here