Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Surat sokongan bukan kelulusan automatik: Jabatan Pendaftaran Negara
Published on: Tuesday, April 08, 2025
Published on: Tue, Apr 08, 2025
Text Size:
Text:
Surat sokongan bukan kelulusan automatik: Jabatan Pendaftaran Negara
JPN merujuk baru-baru ini tular dua surat rasmi bertarikh 26 April 2019 dan 9 Okt 2019 mengandungi arahan bertulis bekas ketua menteri Sabah, Mohd Shafie Apdal yang menyokong permohonan dokumen pengenalan diri.
Kota Kinabalu: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan sebarang surat sokongan atau permohonan daripada mana-mana pihak termasuk pemimpin politik tidak memberi jaminan automatik terhadap kelulusan pengeluaran dokumen pengenalan diri.

JPN merujuk baru-baru ini tular dua surat rasmi bertarikh 26 April 2019 dan 9 Okt 2019 mengandungi arahan bertulis bekas ketua menteri Sabah, Mohd Shafie Apdal yang menyokong permohonan dokumen pengenalan diri.

Advertisement
Dua surat itu menunjukkan Shafie yang ketika itu mengetuai pentadbiran Sabah meminta permohonan sambungan kad pemastautin sementara (MyKas) oleh pemohon dari Semporna diluluskan JPN.

Agensi itu berkata, setiap permohonan pengeluaran dokumen pengenalan diri sama ada MyKas, MyPR (pemastautin tetap) dan MyKad adalah tertakluk sepenuhnya kepada peruntukan bawah Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pertimbangan terhadap pandangan atau sokongan daripada pihak berkepentingan boleh diambil kira, namun kelulusan tetap melalui proses tapisan dan verifikasi ketat seperti semakan fakta dan dokumen serta siasatan latar belakang pemohon,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

JPN berkata, MyKas ialah dokumen pengenalan diri pemastautin sementara diberikan kepada individu lahir di Malaysia tetapi status kewarganegaraannya tidak dapat ditentukan.

Advertisement
“Pemegang MyKas tidak memperoleh sebarang kelebihan kewarganegaraan, sebaliknya perlu memenuhi syarat ketat sebelum boleh memohon status MyPR dan seterusnya MyKad, bergantung kepada tempoh bermastautin dan kelayakan ditetapkan.

“Bagaimanapun, bagi pemegang MyKas yang diluluskan secara bertempoh setiap lima tahun, mereka masih perlu berusaha mengesan asal usul mereka, seperti ditetapkan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Advertisement
JPN kekal komited untuk memastikan tadbir urus bersih dan profesional apabila melibatkan pengeluaran kad pengenalan atau dokumen.

Orang ramai digesa untuk berkunjung ke mana-mana pejabat JPN terdekat atau melayari laman sesawang JPN untuk maklumat lanjut.

Baru-baru ini, pihak tertentu telah menggunakan surat yang dikatakan ini untuk mempersoalkan bagaimana Ketua Menteri ketika itu, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dibenarkan untuk “meluluskan” permohonan dokumen sesiapa sahaja.

Parti Warisan tampil menjelaskan bahawa Shafie tidak berhak untuk meluluskan apa-apa.

Warisan berkata ia hanya surat sokongan dan JPN mempunyai kata putus penuh dan muktamad mengenai perkara tersebut.

Warisan juga menggesa agar JPN tampil dan mendidik orang ramai mengenai dokumen seperti itu dan permohonan tersebut, serta proses kelulusan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here