Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Empat atlet Sabah ke Siri Dunia Renang Para
Published on: Wednesday, April 09, 2025
Published on: Wed, Apr 09, 2025
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Empat atlet Sabah ke Siri Dunia Renang Para
DARI kiri, Ethan, Shahafiq, jurulatih Eva Wong, Brenda dan Abd Halim di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum berlepas pada Isnin.
Kota Kinabalu: Empat atlet Sabah akan mewakili negara pada Siri Dunia Renang Para 2025 Fuji-Shizuoka yang dijadualkan bermula pada 10 hingga 13 April di Shizuoka Prefectural Fuji Swimming Pools di Fuji, Jepun.

Empat atlet yang menyertai skuad kebangsaan dibarisi sembilan orang itu ialah Ethan Khoo, yang akan beraksi dalam 100m gaya bebas kategori S14, 100m kuak dada, 200m gaya bebas, 200m rampaian individu dan 400m gaya bebas; Abd Halim Mohammad (S8- 50m gaya bebas, 100m gaya bebas, 100m kuak dada, 200m rampaian individu), Brenda Anellia Larry (S4- 100m gaya bebas, 100m kuak dada, 150m rampaian individu, 200m gaya bebas) dan Shahafiq Abdullah (S6- 100m kuak dada, 50m kuak kupu-kupu, 200m rampaian individu, 400m gaya bebas).

Advertisement
Pada Siri Dunia Renang Citi Para yang diadakan di Singapura tahun lepas, Ethan, Abd Halim dan Brenda turut menyertai pasukan kebangsaan, tetapi hanya Ethan yang pulang membawa pingat gangsa dalam acara 400m gaya bebas.

Sementara itu, pertandingan di Fuji juga menjadi ujian klasifikasi bagi persiapan atlet ke Sukan Para Asean Thailand 2025 tahun depan serta menawarkan slot MQS (standard kelayakan minimum) ke Kejohanan Renang Para Dunia yang berlangsung di Singapura dari 21-17 September.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here