Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lapan remaja, termasuk pelajar ditahan bergaduh di Kota Belud
Published on: Wednesday, April 09, 2025
Published on: Wed, Apr 09, 2025
By: R Gonzales, Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Lapan remaja, termasuk pelajar ditahan bergaduh di Kota Belud
SUSPEK dalam pergaduhan di Tawau ditahan polis.
KOTA BELUD: Akibat cemburu yang membawa kepada insiden pergaduhan, lapan remaja lelaki termasuk tujuh daripadanya pelajar ditahan polis di daerah ini.

Difahamkan, semua remaja berusia antara 14 hingga 18 tahun itu ditahan kira-kira jam 2 petang, isnin selepas pihak polis menerima laporan berhubung kejadian pada hari sama.

Advertisement
Ketua Polis Daerah Kota Belud Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata pihaknya menerima laporan polis pada jam 1 pagi yang dipercayai berlaku di kawasan Bulatan Tamu.

“Hasil siasatan yang dijalankan, punca pergaduhan adalah disebabkan cemburu berkaitan teman wanita salah seorang pelaku insiden.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 47 Kanun Keseksaan kerana merusuh serta mengganggu ketenteraman awam,” katanya.

Pergaduhan di Kota Belud.

Advertisement
Menurut Shahrudin, jika disabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, Shahrudin menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menularkan video kejadian berkenaan.

Advertisement
“Tindakan membuat sebarang spekulasi atau menularkan rakaman video kejadian dikhuatiri boleh mengganggu siasatan pihak polis”.

“Pihak polis juga meminta saksi kejadian tampil ke mana-mana balai polis berhampiran untuk menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan atau berhubung pegawai penyiasat Sarjan Railey Samiar di 016-8143490,” ujarnya 

Sementara itu, di TAWAU, polis menahan tujuh lelaki berhubung satu pergaduhan di sebuah restoran di Jalan Haji Karim pada jam 5.46 pagi, Ahad.

Suspek yang berumur antara 20 hingga 49 tahun itu ditahan dalam beberapa serbuan berasingan di rumah masing-masing antara jam 2.50 pagi hingga 8 malam, Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau Supt Champin Piuh berkata tiga daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau yang banyak.

“Seorang daripada mereka mempunyai 10 kesalahan lampau, seorang lagi mempunyai enam, manakala seorang lagi mempunyai dua rekod jenayah di Semenanjung Malaysia, semuanya berkaitan jenayah dan dadah,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Kejadian itu diketahui selepas pemilik restoran berusia 37 tahun membuat laporan polis selepas dimaklumkan oleh seorang pekerja melalui WhatsApp.

Rakaman kamera litar tertutup yang diperiksa oleh pemilik menunjukkan dua kumpulan lelaki bergaduh dengan menumbuk sesama sendiri, malah ada yang menggunakan kerusi restoran sebagai senjata.

Punca pergaduhan masih dalam siasatan dan kejadian itu menyebabkan kerugian dianggarkan bernilai RM200, termasuk dua kerusi plastik yang patah, sebuah kerusi kayu yang rosak dan sepinggan melamin yang pecah.

Video pergaduhan berdurasi satu minit 23 saat itu tular di media sosial.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here