Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Saluran paip runtuh punca masalah air di Melalap
Published on: Wednesday, April 09, 2025
Published on: Wed, Apr 09, 2025
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Saluran paip runtuh punca masalah air di Melalap
KEADAAN ‘pipe bridge’ Lagud Seberang yang runtuh.
Tenom: Menteri Kerja Raya Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata masalah air di kawasan Pulong Melalap disyaki berpunca daripada saluran paip 300mm ke ‘pipe bridge’ Lagud Seberang yang runtuh akibat banjir besar kedua baru-baru ini.

Katanya, pada Selasa, sebuah pasukan daripada Jabatan Air Negeri masih sedang memeriksa masalah-masalah berkaitan laluan paip sehingga ke kawasan runtuhan ‘pipe bridge’ tersebut.

Advertisement
Shahelmey, yang juga Timbalan Ketua Menteri III, berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal tempatan pada Selasa berhubung masalah bekalan air bersih di Pulong Melalap.

Beliau berkata, cadangan penyelesaian jangka masa pendek dengan pembinaan tangki statik telah dibuat oleh pihak JPAM/PBT, Jabatan Air, selain penghantaran air ke kawasan-kawasan terjejas.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Penyelesaian jangka masa panjang pula, katanya, membabitkan pembinaan paip baharu dengan menggunakan pembicuan paip bawah sungai.

“Lantikan kontraktor telah dibuat dan kini sedang dalam proses analisis oleh pasukan pakar di Kota Kinabalu.

Advertisement
“Berkaitan ‘pipe bridge’ kontraktor pakar telah pun membuat lawatan pada Ahad lalu dan kini sedang menunggu maklum balas daripada kontraktor utama yang dilantik untuk menggerakkan mesin,” katanya.

Tambahnya, pemasangan tangki statik juga sedang berjalan di kawasan Lagud Seberang.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here