Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Tamu Sipitang banjir lagi
Published on: Thursday, April 10, 2025
Published on: Thu, Apr 10, 2025
By: Jinius Pandakin, Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Tamu Sipitang banjir lagi
Keadaan banjir kilat di Tamu Sipitang pada petang Selasa.
SIPITANG: Hujan lebat dengan angin kencang menyebabkan banjir kilat di sekitar tapak Tamu Sipitang dan kampung di sini, petang Selasa.

Kejadian di tamu itu, yang terletak berhampiran kawasan padang bola sepak Majlis Daerah Sipitang (MDS), menimbulkan keresahan dalam kalangan penjaja.

Advertisement
Seorang peniaga, Juliana Pudun, 56, air naik mendadak di persekitaran tapak tamu sekitar jam 5 petang.

Menurutnya, kejadian ini memaksa peniaga segera memindahkan barang jualan mereka ke atas meja dan ada antara penjaja membuka kanopi biru mereka kerana dikhuatiri rosak ditiup angin kencang.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Ini kali kedua ia berlaku selepas kejadian pertama pada Februari lalu.”

Semasa tinjauan, hanya sekitar kawasan berhampiran rumah lansaran kebudayaan Murut dinaiki air setinggi paras betis. Manakala penjaja yang ditempatkan di kawasan berbumbung tidak terjejas banjir walaupun turut terkena tempias hujan.

Advertisement
Peniaga serta pengunjung di sini menggesa MDS memastikan perparitan diselenggara dan berharap perkara itu tidak berulang lagi.

Di Lukutan, penduduk yang tinggal di kawasan rendah juga menghadapi banjir kilat.

Advertisement
“Banjir kerap berlaku di sini apabila hujan lebat. Kami yang tinggal di kawasan rendah selalunya berisiko dilanda banjir,” kata seorang penduduk.

“Oleh sebab kelam-kabut air banjir masuk ke dalam rumah, kami hanya menyelamatkan barang mudah rosak termasuk buku sekolah dan barang elektrik.”

Penduduk berharap Adun Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob dan Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah memberi perhatian kepada isu banjir itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here