Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Dua PTI potong kabel TM dipenjara tujuh bulan
Published on: Thursday, April 10, 2025
Published on: Thu, Apr 10, 2025
By: Esther Glorie Leow
Text Size:
Text:
Dua PTI potong kabel TM dipenjara tujuh bulan
Kesalahan di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Dua pendatang tanpa izin dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan setiap seorang kerana melakukan khianat dengan memotong kabel sepanjang 50 inci kepunyaan sebuah syarikat telekomunikasi.

Nasir Masir dan Mukmir Masit, kedua-duanya berusia 32 tahun, mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Majistret Marilyn Kelvin melakukan perbuatan memotong kabel TM di tepi jalan Jalan Saga, Kg Likas pada 23 Mac tahun ini.

Advertisement
Kesalahan di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, semasa tiba di lokasi, pasukan polis yang menyerbu tempat berkenaan telah menangkap dua lelaki yang sedang memotong kabel bawah tanah, lalu meminta mereka menunjukkan dokumen pengenalan diri tetapi mereka gagal berbuat demikian. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Siasatan mendapati Nasir dan Mukmir telah memotong kabel milik TM.

Mahkamah memerintahkan pendatang tanpa izin itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh mereka ditangkap.

Advertisement
Selepas menjalani hukuman penjara, mereka diperintahkan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, seorang wanita berusia 27 tahun didenda RM1,300 atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda kerana terlibat dalam aktiviti perjudian.

Advertisement
Suriani Raji mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin atas kesalahan terlibat dalam perjudian dalam talian menggunakan telefon bimbit di tempat awam, di Dobi Coin Laundry Service, Taman Putera Jaya, di Telipok, dekat sini. 

Kesalahan di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan, atau denda sehingga RM5,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Fakta kes menyatakan bahawa pasukan polis telah mengesan aktiviti perjudian tambah nilai dalam talian (JOL), pengadu bersama pasukan kemudian menghampiri premis berkenaan.

Inspektor Yusdi Basri mengendalikan pendakwaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here