Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Pengeluaran dokumen kepada warga asing: ‘Saya hanya syorkan kepada JPN’
Published on: Thursday, April 10, 2025
Published on: Thu, Apr 10, 2025
By: Nora Ahmad
Text Size:
Text:
Pengeluaran dokumen kepada warga asing: ‘Saya hanya syorkan kepada JPN’
Menurut Mohd Shafie, sebagai Ketua Menteri Sabah ketika itu, beliau hanya menandatangani surat sokongan bagi membantu mereka terutama yang datang dari kawasan pedalaman, namun keputusan akhir mengenai kelulusan dokumen pengenalan diri adalah hak penuh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Kota Kinabalu: Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan sebarang dakwaan bahawa beliau terlibat dalam kelulusan pengeluaran dokumen pengenalan diri susulan surat yang tular di media sosial baru-baru ini. 

Menurut Mohd Shafie, sebagai Ketua Menteri Sabah ketika itu, beliau hanya menandatangani surat sokongan bagi membantu mereka terutama yang datang dari kawasan pedalaman, namun keputusan akhir mengenai kelulusan dokumen pengenalan diri adalah hak penuh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Advertisement
Beliau menjelaskan tindakannya hanya sebagai pemudah cara dalam memberikan sokongan kepada rakyat yang menghadapi kesulitan dalam memperoleh dokumen pengenalan diri, khususnya kanak-kanak di kawasan pedalaman yang tidak memiliki sijil lahir atau kad pengenalan.

“Jangan fokus hanya pada suratnya, tetapi lihat pada tujuan utama kandungan surat itu. Sebagai pemimpin, apabila rakyat datang meminta sokongan, tidak mungkin saya menolak mereka.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Mereka kadang-kadang terdesak, dalam lima anak, satu daripadanya tiada kad pengenalan. Jadi saya sebagai pemimpin waktu itu, saya tolonglah.

“Kalau mereka datang ke pejabat, sebagai pemimpin, adalah tanggungjawab saya untuk membantu, tetapi keputusan akhir terletak pada JPN, bukan saya,” katanya kepada pemberita ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, pada Rabu.

Advertisement
Beliau mengulas penularan surat yang didakwa mengandungi minit Ketua Menteri ketika itu berkenaan sokongan terhadap permohonan seorang individu untuk dokumen pengenalan diri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senallang itu turut menegaskan ketika pemerintahannya, kerajaan negeri telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk memastikan anak-anak di kawasan pedalaman Sabah memperoleh dokumen pengenalan diri yang sah. 

Advertisement
Katanya, salah satu usaha yang dilaksanakan adalah melalui program mahkamah bergerak yang diterajui oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum, yang memberi peluang kepada penduduk pedalaman untuk mendaftar dan memperoleh dokumen pengenalan diri mereka.

“Kami menyedari ramai kanak-kanak di Sabah yang masih tiada dokumen pengenalan diri. 

“Oleh itu, satu program khas dilaksanakan, termasuk dengan kerjasama Tan Sri Richard Malanjum, yang menggerakkan mahkamah bergerak untuk pendaftaran dokumen,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan pihak yang membuat tuduhan tersebut agar tidak cepat membuat kesimpulan tanpa memahami tujuan sebenar tindakan yang diambilnya. 

“Saya tiada kuasa untuk buat kad pengenalan di negara ini, saya bukan Menteri Dalam Negeri, saya bukan Jabatan Pendaftaran.

“Jadi janganlah tuduh, sama ada surat ini betul atau tidak, kerana beribu surat datang pada saya untuk minta sokongan. Tetapi kita bukan jenis pemimpin yang tidak layan orang kecil,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here