Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Ketagih telefon pintar punca rogol, sumbang mahram meningkat
Published on: Friday, April 11, 2025
Published on: Fri, Apr 11, 2025
By: FMT Reporters
Text Size:
Text:
Ketagih telefon pintar punca rogol, sumbang mahram meningkat
Sebelum ini polis Kelantan mendedahkan peningkatan kes rogol dan sumbang mahram pada tahun lalu, dengan 252 kes di mana 98 daripadanya adalah suka sama suka. (Gambar Freepik)
PETALING JAYA: Ketagihan telefon pintar menjadi antara punca utama gejala sosial yang menyebabkan kes jenayah, sumbang mahram dan rogol meningkat.

Menurut Timbalan Mufti Kelantan, Nik Abdul Kadir Nik Mohamad, kebanyakan kanak-kanak kini mempunyai telefon pintar dan dapat mengakses media sosial.

Advertisement
Menurutnya, tanpa disedari ibu bapa, ramai daripada mereka gemar melihat gambar atau video memaparkan seks dan jenayah.

“Kanak-kanak ini suka berkumpul dan bercakap sambil melihat pelbagai perkara di media sosial dan mereka mudah terpengaruh. Situasi ini sangat bahaya,” katanya, menurut Sinar Harian.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai peningkatan jenayah seks dan sumbang mahram membabitkan kanak-kanak di negeri berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan, polis Kelantan bimbang dengan peningkatan kes rogol dan sumbang mahram pada tahun lalu yang memerlukan tindakan segera dan komitmen masyarakat untuk mengatasinya.

Advertisement
Ketua Polis Kelantan Mohd Yusoff Mamat dipetik sebagai berkata, sepanjang tahun lalu sebanyak 252 kes rogol dan sumbang mahram direkod, meningkat berbanding 2023 membabitkan 206 kes.

Hasil siasatan pihaknya turut mendapati sebanyak 98 kes yang dilaporkan adalah suka sama suka.

Advertisement
Beliau turut mendedahkan ada kes kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun membuat hubungan dengan sepupu perempuan berusia 15 tahun sehingga mengandung.

Sementara itu, Nik Abdul Kadir berkata kes jenayah dapat dikurangkan dengan pendidikan di sekolah dan pemantauan oleh ibu bapa.

“Ibu bapa pada hari ini sepatutnya mengambil berat dan memberikan pendidikan agama yang secukupnya sebagai benteng di akhirat.

“Ibu bapa yang menitikberatkan Islam dapat melahirkan anak-anak yang tahu hukum agama,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here