Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Gesaan tambah jawatan Pembantu Perubatan di Sabah
Published on: Saturday, April 12, 2025
Published on: Sat, Apr 12, 2025
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Gesaan tambah jawatan Pembantu Perubatan di Sabah
JAMES menyerahkan sijil penghargaan kepada salah seorang penderma darah.
Kota Kinabalu: Jumlah jawatan Pembantu Perubatan perlu ditambah serta-merta bagi membolehkan hospital dan klinik kesihatan di seluruh negeri beroperasi dengan baik, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib.  

Beliau berkata, jawatan ini amat penting dan kritikal terutamanya di pedalaman dan menambah, ia juga bagi mengoptimumkan perkhidmatan pakar kardiologi di Pusat Jantung Sabah apabila ia mula beroperasi kelak.  

Advertisement
Exco Kesihatan Negeri itu menyatakan sokongan penuh terhadap penambahan jawatan Pembantu Perubatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) II dan menyeru Kementerian Kesihatan agar mempertimbangkan perkara ini dengan mengambil kira kepentingannya sebagai hospital utama di Sabah yang bakal menjadi Pusat Jantung Sabah pada masa akan datang.  

Katanya, ini seterusnya akan memberikan manfaat menyeluruh kepada seluruh rakyat Sabah dalam mendapatkan rawatan pakar jantung.  

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pembantu Perubatan melaksanakan prosedur pakar yang kompleks termasuk Transthoracic Echocardiogram (TTE), Exercise Stress Test Echocardiogram, Pacemaker Interrogation, Pemantauan Haemodinamik Intrakardiak Lanjutan, prosedur Kardiovaskular Invasif Tambahan dan Kajian Elektrofisiologi (EPS).  

James, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sugut, berkata demikian ketika merasmikan Program Derma Darah dan Majlis Pelancaran Sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat Sabah 2025 yang diadakan di sini, Khamis.

Advertisement
Tambahnya, kerajaan sudah pun meluluskan projek pembinaan bangunan baharu bagi Tabung Darah Sabah berjumlah kira-kira RM86 juta di kawasan Bukit Padang dan dijangka dilaksanakan pada tahun ini juga.  

Dengan pembinaan bangunan itu, katanya, ia akan membekalkan kira-kira 120,000 unit beg darah setahun berbanding jumlah semasa sebanyak 2,600 setahun.  

Advertisement
Sementara itu, Ketua Penolong Pegawai Perubatan Negeri Ahmad Syamsul Rezali berkata program ini bertujuan untuk memenuhi keperluan bekalan darah di hospital serta mengumpul jumlah beg darah maksimum dalam tempoh masa singkat.  

Tambahnya, program ini juga dilaksanakan sebagai bentuk penghargaan kepada Pembantu Perubatan yang memainkan peranan penting dalam sistem perkhidmatan kesihatan negeri dan sekali gus menunjukkan keakraban mereka dengan komuniti.  

Sehubungan itu, katanya, masyarakat Sabah digalakkan untuk terus menyokong program seperti ini dan tampil sebagai penderma darah tetap bagi memastikan kelangsungan bekalan darah di negeri ini.  

Sempena sambutan itu, Bahagian Pegawai Perubatan JKNS dengan kerjasama Persatuan Pembantu Perubatan Sabah menganjurkan Program Derma Darah yang diadakan di 16 lokasi berbeza di seluruh negeri.

Program itu bermula pada 10 Mac di Hospital Tawau dan dirasmikan pada Khamis di Hospital Queen Elizabeth II sebelum berakhir di Hospital Pitas pada 28 April.  

Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan menderma darah secara berkala dan bagi mengumpul semaksimum mungkin beg darah dalam tempoh masa singkat oleh Pegawai Pembantu Perubatan Sabah.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here