Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Bola Baling MSS Zon Timur meriah
Published on: Sunday, April 13, 2025
Published on: Sun, Apr 13, 2025
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Bola Baling MSS Zon Timur meriah
JUARA kategori perempuan SK Paginatan.
RANAU: Kejohanan Bola Baling MSS Zon Timur 2025 yang berlangsung selama dua hari bermula 8 April berakhir dengan meriah di Padang SK Miruru, Ranau.

Kejohanan ini dianjurkan oleh SK Miruru, Ranau dan melibatkan penyertaan daripada 9 buah sekolah rendah sekitar Zon Timur bagi kategori umur 12 tahun ke bawah dengan sebanyak 10 pasukan lelaki dan 10 pasukan perempuan telah bertanding dalam kejohanan ini.

Advertisement
Antara sekolah yang mengambil bahagian ialah SK Miruru (A&B), SK Paginatan, SK Matupang, SK Nalapak, SK Sagindai, SK Tinanom, SK Nunuk Ragang, SK Paus (A&B) dan SK Nukakatan.

Objektif utama kejohanan ini adalah untuk mengasah dan mencungkil bakat baharu dalam permainan bola baling di samping membentuk sahsiah yang cemerlang dalam kalangan murid sekolah rendah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Selain itu, kejohanan ini juga bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar dan guru serta memupuk semangat kerja berpasukan dan setiakawan.

Menurut jurucakap kejohanan dan wakil penganjur dari SK Miruru, “Kami amat berbesar hati untuk menganjurkan kejohanan ini.

Advertisement
“Ia bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar bersaing secara sihat, malah mengeratkan hubungan antara sekolah di Zon Timur,” katanya.

Bagi kategori perempuan pula, pasukan SK Paginatan telah dinobatkan sebagai johan selepas menewaskan SK Paus pada perlawanan akhir.

Advertisement
Tempat ketiga dikongsi oleh SK Miruru (A) dan SK Sagindai. Pemain terbaik dan penjaring terbanyak bagi kategori ini ialah Agnes Teresa Bella Azrie dari SK Paginatan.

Dalam kategori lelaki pula, SK Miruru (B) berjaya menjulang trofi kejohanan selepas menewaskan SK. Nalapak dalam perlawanan akhir yang sengit.

SK Miruru (A) dan SK Paus berkongsi tempat ketiga dengan Pemain terbaik dan Penjaring Terbanyak menjadi milik Aldrich Wilson dari SK Miruru B.

Miruru B juga berjaya memenangi setiap perlawanan dengan jumlah gol yang tinggi (45 gol) dan jumlah gol bolos yang rendah (10 gol bolos), membuktikan penguasaan mereka sepanjang kejohanan.

Kesemua peserta menerima sijil penyertaan manakala pasukan yang berjaya membawa pulang pingat dan trofi turut menerima sijil pencapaian.

Johan menerima pingat dan piala, manakala naib johan dan tempat ketiga bersama menerima pingat sebagai menghargai usaha mereka.

Pihak penganjur turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini termasuk semua AJK Kejohanan Bola Baling MSS Zon Timur 2025, guru-guru, ibu bapa, masyarakat setempat yang menyumbang dalam bentuk wang tunai, tenaga dan keperluan logistik.

“Kami berharap kejohanan seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan dengan penyertaan lebih meriah dan sistem pengurusan yang lebih mantap.

“Perancangan masa depan kami adalah untuk terus mencipta program pembangunan bola baling di peringkat sekolah rendah,” tambah wakil penganjur mengakhiri ucapannya.

Kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan pertandingan sihat, malah menunjukkan semangat juang dan potensi besar murid-murid dalam sukan bola baling.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here