Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Kuskop sasar bantu lebih 53,000 usahawan Sabah
Published on: Sunday, April 13, 2025
Published on: Sun, Apr 13, 2025
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Kuskop sasar bantu lebih 53,000 usahawan Sabah
EWON dan yang lain memotong kek ulang tahun ketujuh Upko Libaran.
SANDAKAN: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) menyasarkan untuk terus membantu lebih 53,000 usahawan di negeri ini melalui pembiayaan dan geran pembangunannya.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, tahun lepas sejumlah RM813 juta telah disediakan untuk membantu kumpulan usahawan berkenaan.

Advertisement
Beliau berkata, jumlah itu akan meningkat bergantung kepada permohonan usahawan kecil dan mikro terlibat untuk dana pusingan itu.

Dalam masa yang sama, Kuskop akan terus komited memperkasa koperasi di negeri ini selain mengadakan pertemuan dengan agensi berkaitan di bawah kementeriannya untuk membantu usahawan di kawasan masing-masing.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kita perkenalkan inisiatif bersesuaian dengan Sabah seperti projek premis tamu desa, skim geran usahawan bumiputera Sabah Sarawak, skim pembiayaan usahawan tamu, skim latihan keusahawanan untuk Sabah Sarawak termasuk program usahawan Kuskop, ini antara yang terkait dalam fokus tambahan bagi Sabah dan Sarawak,” katanya.

Ewon berkata pihaknya termasuk 10 agensi di bawah Kuskop berusaha membantu rakyat, termasuk menambah perkhidmatan di kawasan luar bandar, seperti Bank Rakyat yang memperluas perkhidmatan bank bergerak di pekan-pekan kecil di Sabah yang selama ini tidak memiliki perkhidmatan perbankan.

Advertisement
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2025 Upko Malaysia di Rainforest Hall, Rainforest Discovery Center (RDC), Sepilok, Batu 14, di sini, pada Sabtu.

Hadir sama, Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee, Pengerusi Sabah Electricity, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, Ketua Bahagian Upko Libaran, Dr Peter Jr Naintin dan Ketua Wanita Upko Pusat, Mohina Ronnie Sidom.

Advertisement
Pada majlis itu, beliau dan Peter turut menyampaikan sumbangan raya kepada orang kelainan upaya dan golongan asnaf.

Acara pemotongan kek turut diadakan sempena sambutan ulang tahun ketujuh Upko Bahagian Libaran.

Berkenaan pilihan raya negeri ke-17, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah itu berkata, perundingan bersama parti memang banyak tetapi ia belum rasmi lagi.

“Pada saya, apa yang harus dilihat ialah  manfaat kepada rakyat Sabah dan ini bukan soal parti sahaja tetapi bagaimana gabungan itu kelak akan dapat memberi kebaikan kepada rakyat.

“Begitu juga, soal kerusi dan calon belum diputuskan,” katanya.

Berkenaan majlis itu, beliau berkata, Upko terus mengekalkan keharmonian menerusi sambutan perayaan yang diraikan bersama termasuk Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan dalam suasana muhibbah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here