Advertisement
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Advertisement
Advertisement
Ia adalah wawasan yang lebih luas untuk kestabilan, kemampuan dan kemampanan namun tulang belakang bekalan kuasa Sabah masih belum mencapai jangkaan.
“Dari segi bekalan elektrik di Sabah ia masih kurang daripada hasil yang diinginkan tetapi terdapat peningkatan yang ketara,” kata Abdul Nasser
Indeks Tempoh Gangguan Purata Sistem (Saidi) – suatu ukuran kekerapan pengguna menghadapi gangguan kuasa telah menurun dengan ketara.
“Sebelum ini indeks kita pada tahap beribu-ribu minit. Sekarang kita sekitar 300 minit tetapi penanda aras kita masih semenanjung iaitu kira-kira 50 minit. Kita ada kemajuan tetapi juga masih jauh lagi’,” katanya.
Masalah elektrik Sabah sudah lama menjadi soal kolaborasi persekutuan-negeri dan kerjasama kekal kukuh.
“Dari segi kesungguhan daripada kerajaan Persekutuan saya boleh katakan kerjasama mereka amat baik,” katanya.
“Mereka menyediakan geran, subsidi, sokongan teknikal. Semasa penyerahan kuasa kawal selia mereka juga bersetuju supaya syarat tertentu dikekalkan seperti penerusan subsidi dan sokongan kewangan melalui pinjaman mudah,” katanya.
Pada 2024 kira-kira RM500 juta subsidi elektrik persekutuan telah diperuntukkan. Untuk tahun ini angka itu dijangka meningkat kepada RM700 juta. Bagaimanapun itu mungkin tidak mencukupi dengan kenaikan harga bahan api.
“Kos operasi telah meningkat dengan ketara. Kos sebenar tenaga semakin meningkat. Tetapi ada sinar harapan. Kami merancang untuk mengurangkan pergantungan kepada subsidi dengan menghentikan penggunaan loji berasaskan diesel secara berperingkat dan beralih kepada sumber lebih murah dan lebih mampan seperti gas asli dan boleh diperbaharui,” katanya.
Walaupun usaha semakin giat dijalankan infrastruktur elektrik Sabah masih kurang akibat pembangunan yang terbantut selama beberapa dekad.
Beliau berkata sebelum tahun 2010 Sabah tidak mempunyai grid elektrik yang bersepadu.
“Kini kita sudah ada satu grid yang menghubungkan Pantai Barat ke Pantai Timur tetapi ia mengambil masa dan memerlukan perbelanjaan yang besar,” katanya.
Menaik taraf infrastruktur lama hanyalah satu bahagian daripada penyelesaian.
Bahagian yang lain adalah modal insan dan teknologi danapa yang beliau rujuk sebagai perisian.
“Perisian merangkumi peningkatan kecekapan, penggunaan automasi, pengambilan meter pintar dan penambahbaikan sistem perkhidmatan pengguna. Kedua-duanya iaitu perkakasan dan perisian mesti seiring”
Apabila sasaran menurunkan indeks SAIDI kepada kurang daripada 100 minit menjelang tahun 2030. Ini akan meletakkan Sabah setaraf dengan Semenanjung dan meningkatkan keyakinan pelabur secara signifikan.
Menjangkau 40 peratus tenaga boleh diperbaharui menjelang 2030
SELARI dengan agenda elektrifikasi ialah satu usaha yang lebih bercita-cita tinggi – peralihan Sabah kepada tenaga boleh diperbaharui (RE).
Gabungan tenaga semasa terdiri daripada kira-kira 10 hingga 11 peratus tenaga boleh diperbaharui—kebanyakannya solar dan hidro. Namun begitu matlamatnya adalah untuk mencapai 40 peratus menjelang tahun 2030 dan 50 peratus menjelang tahun 2035.
“Kita berada di landasan yang betul,” tegas Abdul Nasser.
“Kita ada pelan pelaksanaan yang sangat terperinci. Ia bukan sekadar angka yang dipetik secara rambang.”
Jumlah kapasiti elektrik semasa Sabah adalah kira-kira 1,300 MW. Menjelang 2030, jumlah ini dijangka meningkat kepada 3,300 MW.
Daripada jumlah itu 1,400 MW akan datang daripada sumber boleh diperbaharui—750 MW daripada solar berskala besar, 500 MW daripada hidro dan selebihnya daripada angin, biojisim, dan geoterma.
“Kita sedang meneroka potensi tenaga angin di Kudat. Tiang pengukur angin sudah pun dipasang untuk mengira kelajuan angin.
“Kita juga sedang mengkaji potensi geoterma, yang mempunyai anggaran kapasiti sekitar 100 MW.”
“Sempadan baharu seperti tenaga angin luar pesisir dan penukaran tenaga terma laut (Otec) juga sedang dikaji,” katanya.
Potensi ini boleh menjadikan kawasan perairan luas Sabah sebagai lombong emas tenaga dalam beberapa dekad akan datang.
“Sabah mempunyai potensi Otec yang unik di kawasan perairan luar pesisir. Ini merupakan sebahagian daripada strategi ekonomi biru kami,” kata Abdul Nasser.
Satu pelan induk bagi pembangunan hidro telah disiapkan tahun lalu, yang mendedahkan bahawa Sabah mempunyai potensi untuk menjana tambahan 2,000 MW tenaga hidroelektrik, di samping 500 MW yang telah dirancang.
“Tetapi kita perlu bijak,” Abdul Nasser mengingatkan.
“Tidak boleh bina loji janakuasa tanpa permintaan yang sepadan. Aset yang berlebihan adalah mahal.”
Oleh itu pelaksanaan projek-projek ini mesti mengikut pendekatan berperingkat dan berdasarkan data. Kos, kebolehlaksanaan dan permintaan adalah penapis yang menentukan projek hidro mana yang akan dilaksanakan dan bila.
“Adalah penting untuk mengimbangi kemampuan kos. Ada hidro yang lebih murah, ada yang ambil masa lebih lama.
“Tapi jika kita rancang dengan baik, sasaran 50 peratus tenaga boleh diperbaharui menjelang 2035 akan tercapai, malah mungkin melebihi,” katanya.
Walaupun Sabah Barat mendominasi kawasan berbukit yang sesuai untuk hidro, kajian telah mendedahkan peluang yang belum diterokai di Sabah Timur.
“Terdapat potensi untuk hidro beraliran rendah di Sungai Kinabatangan dan Segama.
“Itu adalah berita baik. Kita mahu pembangunan tenaga diagihkan secara seimbang di seluruh negeri,” katanya.
Sesungguhnya pembangunan tenaga boleh diperbaharui mesti memberi manfaat kepada semua zon, bukan hanya kawasan yang berdekatan dengan grid sedia ada atau kawasan yang mempunyai rupa bumi yang sesuai.
“Semua projek akan dilaksanakan di seluruh Sabah. Ini tentang peluang yang sama rata,” tegasnya.






