Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Warga emas rugi lebih RM2.6 juta angkara pelaburan emas tidak wujud
Published on: Monday, April 14, 2025
Published on: Mon, Apr 14, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Warga emas rugi lebih RM2.6 juta angkara pelaburan emas tidak wujud
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata wanita berusia 72 tahun itu pada awalnya diperkenalkan dengan pelaburan berkenaan oleh seorang suspek melalui laman Facebook pada 20 Feb 2024.
KUANTAN: Seorang wanita warga emas kerugian lebih RM2.6 juta selepas terpedaya dengan pelaburan emas tidak wujud yang disertainya menerusi media sosial tahun lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata wanita berusia 72 tahun itu pada awalnya diperkenalkan dengan pelaburan berkenaan oleh seorang suspek melalui laman Facebook pada 20 Feb 2024.

Advertisement
“Mangsa mendakwa telah diberikan pautan untuk menyertai kumpulan aplikasi WhatsApp dikenali sebagai ‘xauusd’ Kelas Pertengahan Elit Malaysia 3.

“Melalui kumpulan itu, mangsa diberi latihan berkaitan pelaburan emas sebelum mula melabur menerusi tiga aplikasi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Mangsa kemudiannya membuat 60 transaksi pemindahan wang berjumlah lebih RM2.6 juta ke dua akaun bank yang diberikan suspek antara 18 April hingga 9 Dis 2024,” katanya dalam kenyataan, Ahad.

Yahaya berkata mangsa mula menyedari dirinya ditipu apabila kesemua aplikasi pelaburan gagal diakses dan pulangan yang dijanjikan tidak diterima.

Advertisement
Sumber kewangan wanita itu termasuk simpanan sendiri, wang peninggalan mendiang suami, hasil jualan rumah serta pinjaman daripada anaknya yang menetap di luar negara.

Beliau berkata mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Advertisement
Sehubungan itu, Yahaya menasihatkan orang ramai agar berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan dalam talian yang menjanjikan pulangan tinggi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here