Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Empat pemain senior bantu Sabah FC II benam PDRM FC
Published on: Monday, April 14, 2025
Published on: Mon, Apr 14, 2025
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Empat pemain senior bantu Sabah FC II benam PDRM FC
Kassim dan George.
Kota Kinabalu: Sabah FC II diperkuatkan dengan kehadiran Daniel Ting, Saddil Ramdani, Park Taesu dan Jafri Chew membelasah PDRM FC 5-2 dalam perlawanan Piala MFL yang berlangsung di Stadium Likas malam Sabtu.

Empat pemain senior yang digantung untuk perlawanan Kedah Darul Aman FC boleh bermain untuk pasukan junior.

Advertisement
Bagaimanapun, pelawat yang membuka jaringan terlebih dahulu pada minit ke-20 menerusi Zazir Naim sebelum Park Taesu menyamakan kedudukan lapan minit kemudian dan Jafri Chew menjaringkan gol pertamanya pada minit ke-45.

Jafri kemudian menambah gol keduanya pada minit ke-61 sebelum melengkapkan hatrik pada minit ke-66 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Go kelima dijaringkan oleh Fakrul Iman pada minit ke-81, manakala Zazir mampu mengurangkan defisit dua minit dari masa penuh.

Ia hanya kemenangan ketiga untuk Sabah FC II musim ini, dan mereka akan menamatkan musim ini dengan satu lagi perlawanan di tempat sendiri menentang Negeri Sembilan B23 malam ini.

Advertisement
Ketua jurulatih Billyton Vun berkata keputusan untuk menggilirkan skuad adalah tepat selepas perlawanan terakhir menentang pasukan Terengganu FC Bawah 23 tahun pada 8 April.

“Penggiliran itu terbukti memberi impak positif dan berkesan terhadap lawan yang sangat kuat.

Advertisement
“Kami dapat mengekalkan fokus, sama ada secara bertahan atau menyerang, dan kehadiran empat pemain senior juga banyak membantu kejayaan itu,” katanya.

Billyton yakin pasukan itu akan memperoleh satu lagi kemenangan sekiranya dapat mengekalkan momentum pada perlawanan akhir menentang Negeri Sembilan FC II di Stadium Likas malam ini (14 April).

Sementara itu, Billyton merakamkan ucapan terima kasih kepada pengurus pasukan Datuk Abdul Kassim Razali, timbalan pengurus pasukan I Datuk George Teo dan pasukan pengurusan serta semua jurulatih dan pemain atas sokongan mereka sepanjang musim ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here