Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Kerajaan Negeri tekad tingkat prestasi pencapaian Hala Tuju Sabah Maju Jaya
Published on: Tuesday, April 15, 2025
Published on: Tue, Apr 15, 2025
Text Size:
Text:
Kerajaan Negeri tekad tingkat prestasi pencapaian Hala Tuju Sabah Maju Jaya
HAJIJI menerima Buku Laporan Tahunan HTSMJ 1.0 (2021-2025) bagi tahun 2024 daripada Datu Rosmadi.
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor gembira dengan prestasi pencapaian Hala Tuju Sabah Maju Jaya (HTSMJ) 1.0 (2021-2025) dan bertekad untuk mencapai prestasi lebih baik.Katanya, Kerajaan Negeri menerusi Kementerian, jabatan dan agensi negeri akan terus bekerja keras bagi memastikan prestasi pencapaian HTSMJ terus ditingkatkan.

“Kita akan terus bekerja keras bagi mencapai prestasi lebih baik lagi khususnya inisiatif-inisiatif yang telah dirancang dan sedang dilaksanakan”, katanya semasa menerima Buku Laporan Tahunan HTSMJ 1.0 (2021-2025) bagi 2024 di pejabatnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, pada Isnin.

Advertisement
Ketua Pegawai Penyelaras (CCO) Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) Jabatan Ketua Menteri, Datuk Datu Rosmadi Sulai menyerahkan buku laporan itu dan disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong.

Hajiji berkata, laporan tahun 2024 merupakan dokumen penting yang merumuskan pencapaian pelaksanaan inisiatif-inisiatif utama di bawah rangka pelan pembangunan lima tahun HTSMJ 1.0 yang menjadi tunjang utama kepada transformasi sosio-ekonomi negeri, termasuk Ekonomi Biru.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, Rosmadi memaklumkan Hajiji sehingga 14 April 2025, sejumlah 446 inisiatif telah digerakkan oleh kementerian dan jabatan di bawah Pelan SMJ 1.0, dengan pencapaian pelaksanaan keseluruhan yang sangat memberangsangkan iaitu 94.47 peratus.

“Pencapaian ini merupakan manifestasi komitmen padu seluruh jentera pentadbiran negeri dalam menjayakan agenda pembangunan Sabah secara inklusif, mampan dan berimpak tinggi,” katanya.

Advertisement
Menurutnya, penyerahan laporan ini bukan sahaja menjadi simbol kepada ketelusan dan akauntabiliti Kerajaan Negeri, malah menandakan kemajuan yang telah dicapai serta hala tuju masa depan Sabah dalam mengharungi fasa terakhir pelaksanaan SMJ 1.0 menjelang 2025. 

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi Sekretariat SMJ, Ramlee Kariah dan Pengarah Sekretariatnya, Rosnih Othman.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here