Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Lelaki miliki kunci dua kereta mewah curi didenda
Published on: Tuesday, April 15, 2025
Published on: Tue, Apr 15, 2025
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Lelaki miliki kunci dua kereta mewah curi didenda
Pertuduhan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 43 tahun didenda RM2,500 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini Isnin kerana memiliki harta curi.

Yazrie Mohamad mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin kerana memiliki satu set kunci Ford Raptor dan satu set kunci Toyota Vellfire, kedua-duanya dengan alat kawalan jauh kepunyaan Chong Che Vun pada 4 April tahun ini, jam 10.50 malam dalam sebuah unit di Blok Q University Apartment di sini.

Advertisement
Pertuduhan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah dimaklumkan oleh pihak pendakwaan bahawa Yazrie ditahan polis berikutan laporan polis oleh pengadu bahawa rumahnya dipecah masuk dan beberapa harta benda termasuk kunci kereta terbabit hilang.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Yazrie mengaku mempunyai kunci kereta yang dicuri bersama alat kawalan jauh.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki berusia 23 tahun didakwa melakukan ugutan dengan tujuan untuk menakut-nakutkan seorang wanita tahun lalu.

Advertisement
Amni Amin mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan itu terhadap Beatrice Elyana dengan menyatakan, “Memang aku viral gmbarmu,” dengan niat untuk menakutkannya dan menimbulkan kebimbangan.

Kesalahan itu didakwa berlaku pada 8 Dis 2024, jam 4.48 petang, di bilik sewa Plaza Utama, Alamesra.

Advertisement
Pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan dalam memohon pengurusan kes pra-perbicaraan (ptcm), mencadangkan jaminan RM5,000.

Peguam dilantik Lim Ming Zoong @ Lawrence, yang mewakili Amni, meminta jumlah jaminan yang lebih rendah.

Mahkamah menetapkan 5 Jun untuk ptcm dan membebaskan tertuduh dengan jaminan RM1,600 dengan dua penjamin.

Inspektor Yusdi Basri melakukan pendakwaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here