Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kerajaan digesa utamakan keperluan infrastruktur mendesak
Published on: Wednesday, April 16, 2025
Published on: Wed, Apr 16, 2025
By: Sherell Jeffrey
Text Size:
Text:
Kerajaan digesa utamakan keperluan infrastruktur mendesak
“Tengok Wisma Tun Fuad Stephen, bangunan kosong. Di Yayasan Sabah, masih ada bangunan kosong. Tapi di mana kita menyewa? Sewa di bangunan Hap Seng? Sewa di bangunan swasta di sepanjang Yayasan Sabah? Sabah Energy Corporation?
Kota Kinabalu: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senallang Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kerajaan sepatutnya mengutamakan keperluan infrastruktur yang mendesak berbanding inisiatif yang tidak praktikal seperti skim insurans Sabah.

Beliau mempersoalkan logik di sebalik skim insurans yang diumumkan baru-baru ini untuk kesemua 3.7 juta rakyat Sabah, sambil menekankan bahawa dana sepatutnya digunakan untuk menangani masalah kekurangan air, gangguan elektrik dan jalan raya yang rosak.

Advertisement
“Sedangkan kita di Sabah memerlukan pembiayaan untuk menangani isu bekalan air, masalah elektrik dan penyelenggaraan jalan raya, mengapa pula kita memberikan insurans kepada 3.7 juta orang? Ia mungkin kedengaran baik dari segi politik, tetapi adakah ia praktikal?” katanya semasa membahaskan ucapan dasar kerajaan pada Isnin.

“Antara 3.7 juta itu terdapat orang-orang kaya. Kenapa kita perlu beri insurans kepada golongan kaya? Apa yang perlu kita lakukan ialah membantu golongan miskin di Sabah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Bukan ramai pun golongan B40 yang memiliki kereta. Berapa kerap mereka terlibat dalam kemalangan?” katanya sambil meminta penjelasan mengenai struktur pembayaran premium.

“Masalah rakyat di peringkat akar umbi bukan hanya mengenai makanan dan kos sara hidup. Kita tidak boleh bergantung semata-mata kepada kawalan harga daripada Kerajaan Persekutuan atau bantuan seperti RM300 juta daripada Persekutuan untuk masalah air,” katanya. 

Advertisement
Selain itu, beliau turut membangkitkan kebimbangan tentang pengurusan fiskal dan strategi pelaburan Sabah serta mempersoalkan keutamaan perbelanjaan kerajaan.

“Apa langkah yang sedang diambil untuk memastikan hasil sedia ada diurus dengan betul? Malangnya, saya lihat hasil tidak banyak, tapi ketirisan yang banyak,” katanya sambil merujuk kepada perbelanjaan membazir seperti sewaan pejabat sedangkan bangunan milik kerajaan tidak digunakan.

Advertisement
“Tengok Wisma Tun Fuad Stephen, bangunan kosong. Di Yayasan Sabah, masih ada bangunan kosong. Tapi di mana kita menyewa? Sewa di bangunan Hap Seng? Sewa di bangunan swasta di sepanjang Yayasan Sabah? Sabah Energy Corporation?

“Mengapa kita bayar sewa ratusan juta sedangkan wang itu penting untuk memastikan generasi akan datang dapat manfaat sebanyak mungkin?

“Kita sedang membina sebuah negara. Bukan untuk memperkayakan diri dengan kuasa yang ada. Kuasa ini bukan untuk memperkayakan diri, tetapi untuk membina negara agar masa depan anak-anak kita terjamin,” katanya. 

Shafie turut mempersoalkan keberkesanan pengumuman pembinaan taman perindustrian di Kudat, Kota Belud dan Beaufort, sambil bertanya sama ada terdapat mana-mana pelabur yang sudah membuat komitmen memandangkan Sabah kini berdepan isu air, elektrik dan jalan.

Beliau juga mempertikaikan keputusan kerajaan untuk menyerahkan pengurusan pelaburan di Pelabuhan Sepanggar kepada pihak luar.

“Takkan rakyat Sabah tidak boleh urus pelaburan sendiri? Di Sarawak, kerajaan negeri mereka berjuang untuk menguruskan Pelabuhan Bintulu sendiri,” katanya.

Beliau turut menggesa untuk ketelusan berhubung laporan pelaburan RM6 bilion, dan mahu tahu berapa banyak yang telah direalisasikan.

“Berapa banyak yang telah direalisasikan dari segi peluang pekerjaan dan rantaian perniagaan? Saya minta supaya syarikat-syarikat yang telah melabur dinamakan, jumlah pekerjaan yang diwujudkan didedahkan dan peratusan penglibatan tenaga kerja tempatan dinyatakan, dengan satu audit yang menyeluruh.

“Kita perlu mengesahkan melalui audit untuk mengkaji keberkesanan dan manfaat yang boleh kita capai sebaik mungkin,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here