Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Sabah FC II akhiri musim dengan kalahkan NSFC II
Published on: Wednesday, April 16, 2025
Published on: Wed, Apr 16, 2025
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Sabah FC II akhiri musim dengan kalahkan NSFC II
Pemain dan pegawai bergambar bersama selepas perlawanan.
Kota Kinabalu: Sabah FC II menamatkan musim Piala MFL dengan catatan kemenangan dengan menewaskan Negeri Sembilan FC II 3-1 di Stadium Likas, malam Isnin.

Bagaimanapun, pasukan pelawat lebih dahulu di depan pada minit ke-45 menerusi sepakan penalti yang diambil oleh Adam Haris.

Advertisement
Gol penyamaan hadir tiga minit selepas perlawanan disambung semula menerusi jaringan kapten Daniel Ting. Walaupun mendapat tekanan hebat daripada Negeri Sembilan FC, Sabah FC II mampu mendahului pada minit ke-80 menerusi Azhad Harraz sebelum Jafri Chew menjaringkan gol ketiga pada minit ke-90.

Ketua jurulatih Billyton Vun memuji para pemain walaupun jadual padat kerana terpaksa bermain tiga perlawanan terakhir dalam masa seminggu.

DANIEL menjaringkan gol penyamaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Billyton turut memberi penghargaan kepada pemain senior Park Taesu, Daniel Ting dan Jafri Chew atas kehadiran mereka untuk memperkuatkan pasukan.

“Kemenangan bukan hanya kerana mengikut arahan dan penggiliran skuad.

Advertisement
“Saya gembira melihat pemain dapat menghasilkan keputusan positif walaupun jadual padat.

“Memang memberangsangkan untuk melihat peningkatan dalam keyakinan diri serta ketahanan mental dan fizikal mereka dalam mengharungi keseluruhan perlawanan.

Advertisement
“Kehadiran Park Taesu, Daniel Ting dan Jafri Chew juga banyak membantu pasukan. Wujud persefahaman segera antara mereka dan pemain junior.

“Ia mengejutkan kerana ikatan yang kukuh ini bukan mudah untuk diwujudkan, lebih-lebih lagi apabila tidak banyak masa untuk kedua-dua pihak menjalankan sesi latihan bersama-sama,” katanya.

Sementara itu, dia juga melahirkan rasa terima kasih kepada jurulatih sebelumnya dan penolong ketua jurulatih semasa, Alto Linus.

“Dia adalah wira sebenar dalam membina pasukan. Peranannya pasti akan diingati dan saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepadanya atas sokongan dengan menawarkan beberapa pemain senior untuk bermain dengan kami.”

Sabah FC II menamatkan musim di tangga kedua tercorot dengan 16 mata daripada empat kemenangan, empat seri dan 16 kekalahan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here