Advertisement
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Bagaimanapun, mereka yang tinggal dan berniaga di kawasan tinggi atau di penghujung saluran bekalan kami, mungkin hanya akan menerima semula bekalan selepas hari ketiga.”
Advertisement
Advertisement
“Kami menghadapi beberapa kerumitan semasa cuba membaiki paip utama yang rosak,” katanya apabila ditanya tentang kelewatan empat hari untuk menyiapkan kerja-kerja tersebut.
Dia enggan mengulas lanjut mengenai “kerumitan” yang dimaksudkan.
Jurucakap itu berkata operasi di Loji Rawatan Telibong II terpaksa dihentikan sementara bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dijalankan.
Sebanyak 96 juta liter air terawat dihasilkan setiap hari di loji terbabit dalam keadaan biasa, menurutnya.
Jabatan telah mengeluarkan notis pada jam 1 tengah hari Isnin, yang diedarkan melalui media sosial, bagi memaklumkan pengguna di beberapa bahagian Tuaran dan Ibu Negeri mengenai gangguan bekalan air paip.
Selain Ujana Kingfisher, kawasan yang turut terjejas termasuk Taman Cerah, Taman Sepanggar, Karambunai Villa, Universiti Apartment 1 (UA1), Universiti Prime Condo (UPC), Karambunai Villa, Pangsapuri Malawa Ria, Residensi Rimbunan Hijau, Unggun Jaya dan Indah Permai.
Antara komuniti luar bandar yang turut terjejas ialah Kg Lokub, Kg Unggun Jaya, Kg Gentisan dan Kg Likas.
Pengguna di Kompleks Perumahan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Nexus Karambunai, Institut Kemahiran Mara, Institut Latihan Perindustrian, Institut Kemahiran Mara, Politeknik, Universiti Teknologi Mara, Universiti Malaysia Sabah, Taman Perindustrian Kota Kinabalu, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia dan Pelabuhan Sepanggar juga tidak terkecuali.
Jurucakap itu berkata sebuah lori tangki yang mampu menampung sehingga 9,000 liter air terawat telah dihantar ke Ujana Kingfisher semasa kerja pembaikan dijalankan.
“Kakitangan kami telah memeriksa keadaan saluran bekalan yang menuju ke rumah-rumah secara rawak di sini pada petang Khamis,” katanya.
“Dalam sesetengah kes, paip dibersihkan untuk mengeluarkan sendat udara di dalamnya, selepas itu kakitangan kami mendapati bekalan air telah sampai ke meter premis-premis berkenaan.”
Ini merupakan kali kedua dalam seminggu setengah kawasan kejiranan tersebut mengalami gangguan bekalan air.
Pencuri logam melakumusnah rumah pam di Jalan Kingfisher pada minggu kedua April dan melarikan kabel elektrik untuk pam di dalamnya serta sebahagian talian kuasa yang disambungkan ke bangunan itu.






