Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Elak beri kuasa penuh bekas tentera, polis dilantik warden MRSM
Published on: Saturday, April 19, 2025
Published on: Sat, Apr 19, 2025
By: Mohamad Fadli, FMT
Text Size:
Text:
Elak beri kuasa penuh bekas tentera, polis dilantik warden MRSM
Walaupun berlaku pertengahan tahun lalu kejadian buli di sebuah MRSM di Pulau Pinang hanya didedahkan awal bulan ini.
PETALING JAYA: Seorang penganalisis jenayah menggesa Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tidak memberi kuasa sepenuhnya kepada bekas pegawai tentera dan polis yang bakal dilantik warden asramanya.

Shahul Hamid Abd Rahim berkata, perlu ada pemantauan dan SOP yang betul untuk memantau pelajar sekolah, bukannya menggunakan kekerasan seperti lazim digunakan dalam melatih anggota pasukan keselamatan.

Advertisement
“Bimbang guna pendekatan kekerasan, jadi tak boleh sewenangnya bagi berkuasa sepenuhnya sebaliknya pemantauan perlu dibuat pengetua dan kakitangan sekolah lain.

“Jaga pelajar sekolah bukan seperti latih sebagai tentera dan polis. Tidak boleh masukkan 100% latihan itu,” katanya kepada FMT.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Baru-baru ini, Pengerusi Mara Asyraf Wajdi Dusuki mengumumkan keputusan melantik bekas pegawai tentera dan polis sebagai warden asrama untuk memperkukuh disiplin pelajar MRSM.

Tindakan itu dibuat susulan kejadian buli di asrama MRSM yang semakin menjadi-jadi termasuk kes lama namun baharu didedahkan.

Advertisement
Awal bulan ini, polis mengesahkan video tular berdurasi satu minit 31 saat memaparkan seorang pelajar dibuli di asrama, berlaku di sebuah MRSM di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang, pada pertengahan tahun lalu.

Sementara itu, Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera (PVATM), Shahruddin Omar, berkata penglibatan pegawai tentera sebagai warden di MRSM dapat menggunakan kepakaran mereka dari sudut mendisiplinkan pelajar.

Advertisement
Katanya, usaha itu dilihat dapat memberi impak tinggi kepada entiti MRSM sebagai platform melahirkan generasi muda negara yang berwibawa dan berketerampilan untuk masa depan negara.

Menurutnya, projek rintis itu juga memberi manfaat kepada veteran tentera dari segi peluang kerjaya kedua bagi kelangsungan hidup sebagai pesara.

“Pada masa sama, pengetahuan, pengalaman dan personaliti dimiliki dapat diwarisi dan dimanfaatkan oleh generasi muda,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here