Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Dadah: 16 ditahan di Sandakan
Published on: Saturday, April 19, 2025
Published on: Sat, Apr 19, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Dadah: 16 ditahan di Sandakan
ANTARA suspek yang ditahan.
SANDAKAN: Sebanyak 16 suspek pengedar dan penagih dadah yang disyaki melanggar pelbagai peruntukan dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB 1952), ditahan dalam beberapa operasi berasingan yang dijalankan oleh pihak berkuasa di sini, baru-baru ini. 

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Ashmon Bajah berkata, pada 17 April, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Sandakan telah menangkap seorang lelaki disyaki pengedar dadah jenis Syabu di bawah Seksyen 39B ADB 1952 & Seksyen 15(1)(a) ADB 1952, seorang lelaki di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 dan seorang lagi lelaki di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 di Kampung Tinusa 2 Batu 7.

Advertisement
“Pada 16 April, pihak berkuasa berjaya menangkap dua lelaki kawasan Kampung Suan Lamba, di bawah Sek. 3(1) ADB(LLPK) 1985.

“Manakala, pada 15 April, Unit Task Force Perisikan Batalion 15 PGA Sandakan bersama Unit Tiger Platoon Batalion 15 PGA Sandakan telah melaksanakan Ops Taring Sky di kawasan Kampung Setinggan Atas Air Batu 3, dan menangkap seorang lelaki disyaki menjadi pengedar dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB 1952) dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” katanya. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Tambahnya lagi, tindakan susulan dari penangkapan pertama telah membawa kepada tangkapan seorang lagi lelaki yang disyaki terlibat dalam pengedaran dadah, di bawah Seksyen 39A(1) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952. 

Selain itu, dua lelaki lagi ditangkap di sekitar kawasan pondok atas air yang dipercayai digunakan sebagai tempat pengedaran dan penagihan dadah.

Advertisement
Ashmon berkata, pada hari yang sama, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Sabah telah menahan seorang lelaki di kawasan Taman Mawar, Sandakan, Sabah, di bawah Seksyen 39B ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952. 

“Manakala pada 14 April, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Sandakan menjalankan Ops Tapis Narkotik di Kg Kombo, Jalan Batu Sapi, dan Taman Grandview Sandakan.

Advertisement
“Dalam operasi ini, tiga lelaki ditahan di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” jelasnya lagi. 

Sementara itu pada 13 April, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Sandakan melaksanakan Ops Tapis Narkotik di kawasan Taman Mesra Batu 4, Sandakan dan dua lelaki ditangkap di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952. 

Pasukan operasi kemudian menjalankan serbuan di sekitar Bandar Leila, , termasuk di sebuah bilik hotel di Bandar Ramai-ramai, dan menahan seorang lelaki di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952, serta seorang wanita di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Pada hari yang sama, Unit Peronda MPV (BJPJKK) menahan seorang lagi lelaki di kawasan tersebut, di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952. 

Ashmon berkata, kesemua operasi ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan pihak berkuasa untuk membanteras pengedaran dan penagihan dadah di seluruh Sabah. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here