Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
RM110,000 untuk Anugerah Kewartawanan Kinabalu
Published on: Sunday, April 20, 2025
Published on: Sun, Apr 20, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
RM110,000 untuk Anugerah Kewartawanan Kinabalu
HAJIJI diiringi oleh Lucy menyampaikan replika cek RM110,000 kepada Mariah. – fotoBERNAMA
Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah menyumbang RM110,000 untuk penganjuran Anugerah Kewartawanan Kinabalu (KPA) tahun ini, meningkat berbanding RM100,000 tahun lepas.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan sumbangan itu kepada Persatuan Wartawan Sabah (SJA)  selaku penganjur anugerah itu pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Ketua Menteri Bersama Rakan Media di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu di sini malam tadi.

Advertisement
Pengarah Media dan Komunikasi Jabatan Ketua Menteri Datuk Lucy Irene Yong dalam ucapannya berkata Majlis Hari Raya Aidilfitri itu dihoskan khas oleh Ketua Menteri khusus untuk pengamal media.

Beliau berkata Hajiji dan kerajaan negeri amat menghargai peranan dan kerjasama pihak media, yang terus memberi sokongan dan membantu melaporkan program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sambutan tahun ini berbeza berbanding tahun sebelumnya, kerana ia diadakan di Menara Kinabalu yang mempunyai dewan yang cantik dan indah,” katanya.

Turut hadir Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai, Pengarah Penerangan negeri Jainisah Mohd Noor, Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Sabah Mohd Yusni Mohamed Ali, Presiden SJA Mariah Doksil dan Presiden Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA) Jimmy Goh. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here