Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
20 lampu solar bagi Karamunting
Published on: Sunday, April 20, 2025
Published on: Sun, Apr 20, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
20 lampu solar bagi Karamunting
George berkata, pihaknya turut mengenal pasti beberapa lokasi lain di kawasan Karamunting yang memerlukan lampu solar dan akan mempertimbangkan pemasangan fasa seterusnya, bergantung kepada keperluan dan maklum balas penduduk.
SANDAKAN: Usaha menerangi kawasan gelap di Karamunting semakin giat dijalankan apabila Pejabat Adun Karamunting memasang 20 unit lampu solar di sepanjang Jalan Pintas Indah Sibuga.

Adun Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin berkata pemasangan ini bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan pejalan kaki di kawasan yang sememangnya gelap dan tiada lampu jalan.

Advertisement
“Jalan ini sangat gelap waktu malam dan boleh membahayakan keselamatan. Jadi, kita ambil inisiatif pasang lampu solar untuk bantu menerangi kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata, lampu solar dipilih kerana ia menjimatkan kos, tidak memerlukan sambungan elektrik, dan tetap boleh berfungsi sekiranya tiada bekalan elektrik.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Jalan Pintas Indah Sibuga merupakan salah satu laluan utama yang sering digunakan penduduk untuk berulang-alik ke pusat bandar, dan ketiadaan lampu jalan sebelum ini menimbulkan kebimbangan, terutama ketika hujan atau waktu lewat malam.

George berkata, pihaknya turut mengenal pasti beberapa lokasi lain di kawasan Karamunting yang memerlukan lampu solar dan akan mempertimbangkan pemasangan fasa seterusnya, bergantung kepada keperluan dan maklum balas penduduk.

Advertisement
“Ini adalah usaha kecil tetapi penting untuk terangi Karamunting. Harapan saya, inisiatif ini dapat beri rasa selamat kepada penduduk dan pengguna jalan ini,” katanya.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here