Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Naik taraf jalan Donggongon-Tambunan dijangka siap Oktober 2026
Published on: Monday, April 21, 2025
Published on: Mon, Apr 21, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Naik taraf jalan Donggongon-Tambunan dijangka siap Oktober 2026
PENAMPANG: Projek naik taraf Jalan Donggongon-Tambunan di Sabah yang bernilai RM299.76 juta dijangka siap pada Oktober 2026, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata setakat ini, projek yang dimulakan pada 25 Okt 2022 itu telah mencatatkan kemajuan sebanyak 13.06 peratus dan akan meningkatkan tahap perkhidmatan jalan daripada E kepada sekurang-kurangnya C semasa waktu puncak.

Advertisement
“Projek yang diluluskan di bawah Rolling Plan-2 Rancangan Malaysia ke-11 ini dijangka menjimatkan masa perjalanan hingga 30 minit dan membantu menyuraikan aliran trafik yang sesak,” menurutnya dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas meninjau perkembangan projek itu, Ahad.

Nanta berkata skop projek itu termasuk menaik taraf Jalan Penampang Bypass dan Jalan Penampang-Tambunan dari ITCC ke Balai Polis Penampang kepada jalan berkembar enam lorong sepanjang 2.5 kilometer serta pembinaan persimpangan bertingkat di Bulatan Sigah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Projek ini juga meliputi pembinaan dua jambatan konkrit pratuang di Sungai Kibabaig, tiga pusingan U bermeter di lokasi strategik dan sebuah jejantas pejalan kaki,” katanya.

Pada sidang media selepas lawatan itu, beliau berkata sebelum ini projek tersebut mengalami kelewatan dan telah diberikan lanjutan masa sebanyak dua kali.

Advertisement
“Kita dapati masalah yang boleh dikatakan besar telah mengakibatkan kelancaran projek ini terganggu kerana isu serta kos pengambilan tanah dan dalam perbincangan kita, sudah ada kemajuan... saya telah arahkan untuk panggil mesyuarat koordinasi dengan kementerian berkaitan,” katanya.

Nanta berkata kesukaran pengambilan tanah telah mengakibatkan kekangan terhadap kerja-kerja pembinaan yang lain antaranya pengalihan infrastruktur melibatkan utiliti dan beliau berharap projek itu dapat dilaksana dengan lebih lancar.

Advertisement
“Kontraktor tidak bermasalah, isunya ialah pengambilan tanah dan melibatkan utiliti, jadi kita bantu mereka selesaikan supaya mereka boleh buat kerja mengikut jadual,” katanya.

Beliau juga berkata projek itu selaras dengan Nilai Teras Malaysia Madani iaitu Kesejahteraan dan Kemampanan yang memfokus kepada peningkatan keterhubungan mobiliti serta aksesibiliti rakyat melalui jaringan jalan persekutuan yang berkualiti, selamat dan selesa.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here