Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Kudat berpotensi besar bagi pembangunan ekonomi biru
Published on: Monday, April 21, 2025
Published on: Mon, Apr 21, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kudat berpotensi besar bagi pembangunan ekonomi biru
Abidin melawat kemudahan baharu di Lausan, Kudat.
KUDAT: Daerah Kudat di Sabah berpotensi besar bagi tujuan pertumbuhan, terutama dalam sektor ekonomi biru, dipacu oleh cadangan Taman Perindustrian Kudat yang akan menumpukan industri berkaitan makanan laut dan logistik perdagangan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata ini juga berkait rapat dengan lokasi strategik daerah itu serta terletak berhampiran dengan China, Korea Selatan dan Jepun.

Advertisement
“Kudat dengan kemudahan utama, termasuk pelabuhan dan pelabuhan laut dalam juga sesuai untuk pembangunan ini,” katanya pada majlis perasmian Pusat Pameran Galeri Bersejarah Hakka dan Mercu Tanda Kapal-Gereja Kecil di sini, Ahad.

Ucapan beliau dibacakan oleh Datuk Abidin Madingkir yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kudat terletak kira-kira 182 kilometer di utara Kota Kinabalu.

Hajiji berkata perkhidmatan feri ke Palawan juga dijangka meningkatkan aspek perdagangan, pelancongan serta perusahaan kecil dan sederhana tempatan, sekali gus mempelbagaikan ekonomi.

Advertisement
Beliau juga menyifatkan ekonomi biru yang dilancarkan pada 2024, dapat menjadi pengubah dalam usaha mempelbagaikan ekonomi negeri itu.

Dalam pada itu, Hajiji memuji usaha Basel Christian Church of Malaysia kerana menyiapkan Mercu Tanda Kapal-Gereja Kecil dan Pusat Pameran Galeri Bersejarah Hakka.

Advertisement
Kedua-dua mercu tanda itu mempamerkan warisan budaya masyarakat Cina Hakka di Sabah yang menyaksikan kehadiran nenek moyang mereka di Kudat pada 1833 selain menyifatkan pembangunan tapak itu sebagai destinasi pelancongan unik sebagai berfikiran maju.

Beliau berkata bagi tahun ini, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM70 juta untuk badan-badan agama bukan Islam, sekolah mubaligh dan sekolah swasta.

“Ini merupakan peningkatan sebanyak RM13.25 juta berbanding peruntukan 2024 sebanyak RM56.75 juta. Kita akan terus membantu untuk memastikan kelangsungan perpaduan dan keharmonian kaum serta dan toleransi agama,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here